YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Sunday, February 27, 2011

help me please......

help!! help!! *google

Aku nak tanya korang nih. Kenapa previous entry2 aku tak dapat baca ha? Bila aku klik entry2 tuh, yang keluar cuma comment je. Aku baru nak tunjuk entry ni kat geng Capoeira aku. Sekali yang keluar comment je?? Entrynya tak ada. Ceyhh, jatuh air muka aku tau tak. Hahaha. Kalau nak tengok balik pon, aku kena click entry December, then kena pulak skroll sampai bawah nak carik entry yang aku maksudkan. Haihh. So, ada siapa2 yang boleh tolong tak?? please......

Thursday, February 24, 2011

kawan

FB memang bosankan. Tapi bosan2 pon sibuk jugak nak bukak. hahaa. Sebab dengan FB senang nak connect dengan member2 aku. Kalau harapkan mesej ke call ke, jangan harap lah kan. So, masa aku on9 tadi, dah bosan2 dok belek2 FB orang, aku belek2 pulak FB aku. Then, aku tengok jumlah friends aku. Oh, dah 442. Ya, aku tau lah, jumlah tu tak sebanyak jumlah kawan2 korang. lol. Tapi bagi aku, jumlah tu tersangat banyak.

google

Bila tengok jumlah tu, aku terfikir, betul ke aku ada jumlah kawan sebanyak itu kat dunia sebenar? Dan ya, memang semua dalam friends list aku tuh, aku kenal orangnya. Sebab aku takkan approve orang sesuka hati. Tapi aku terfikir lah, macam mana pulak dengan orang yang ada friends dia sampai beribu-riban ek. huaaa.. Ramai betul kawan dia. Mesti dia tu mesra alam kan. ngeh3

Sunday, February 20, 2011

Thursday, February 17, 2011

no title.

anda memang canthek/handsome,bergaya,meletop bom kebabom.
tapi,

jangan terlalu taksub dengan diri sendiri dan terikut-ikut fesyen sampai nampak memperbodohkan diri sendiri.

aku ulang, jangan sampai nampak memperbodohkan diri sendiri.

domo femes kan sekarang ni? ada sesiapa nak belikan aku baju nih??huhuu. gambar tak ada kena-mengena dengan entry. *google



Saturday, February 12, 2011

tips untuk dapat 4 flat

Tips ni aku dapat masa aku borak dengan sorang member aku. Thanks to him. :)

aku : How's ur class tadi?

member aku : Fun je.. Aku kan 4flat student. hehe

aku : Eleyh. Yelah, budak pandai mmg la.

member aku : Haha. Tau la ko jeles

aku : Mesti lah jeles. Aku ni nak 3.5 pon tak lepas. Huk3


member aku : Ko nak tau secret nak dapat 4 flat x?
aku : Ape?
member aku : RAJIN. hehehehe

aku : ............ 
google.

Ok, siapa nak bagi aku tips macam mana nak jadik rajin pulak?




Thursday, February 10, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa.

Baru2 ni masa aku tengok movie Shoulin (best giler cerita ni!). Macam biasalah, sebelum movie start ada trailer2 movie kan. Aku terpikat kat satu trailer nih. Hikayat Merong Mahawangsa. Permulaan trailer ni, dia tunjuk lambang KRU dan lepas beberapa saat tengok trailer nih aku and akak aku saling berpandangan. Pandangan yang memberi maksud, betul ke ni movie orang melayu buat? fuhhh. Mantapp.



Sori guys. Aku bukanlah anti cerita2 melayu, tapi pada aku, cerita melayu macam tak berbaloi tengok kat movie. Sori lah pada penyokong kuat movie melayu ya. huhuu.. Aku pernah tengok sekali je movie melayu, cerita Kami. Kami? Mestilah wajib tengok kan..hua3. Ok, apa2 pon aku tak sabar nak tengok cerita nih.

Wednesday, February 9, 2011

phewwhh...

ok. Done with my english test. Pheww...susah ya amatt. Aku ingat soalan objektif tu senang macam sem lepas, tapi apakan daya.. huhuu.. Kena pulak aku ni jenis yang senang hilang tumpuan. Bila apa yang dibaca tuh agak2 tak paham, pikiran pulak terus melayang-layang. Adehh. Jawab 5 6 minit, melayang...muahahaa...


Selalunya masa exam, apa yang penting ialah slip examination and matric card. Tapi pagi tadi, dan2 lah matric card aku nak main semunyik2 kan. Sampai berpeluh-peluh aku carik. Yang aku ingat, aku takkan letak card holder yang aku simpan bermacam jenis card dalam tuh (aku tak ada beg duit) bersepah-sepah and tempat faveret yang aku akan simpan sama ada dalam locker atau beg je..lagipon aku baru kemas barang2 aku ahad yang lepas, takkan hilang pulak kan..

Dah penat selongkar dalam laci locker, dalam beg, bawah meja and lain2, tak jugak jumpa.. Lepas tuh baru aku teringat, selalunya bila aku simpan laptop dalam locker, aku akan tolak je segala barang (kunci ke duit ke) yang ada dalam locker tuh. Then aku terus check belakang laptop aku and jeng3... Akhirnya jumpa.. fuhhh....Nasib baiklah aku siap awal pagi tadi and tak terlambat masuk exam..

eh?? huhu.. -google-
hopefully BI aku exempted and tak payah repeat untuk next sem..amin..ok, exam seterusnya ialah Understanding Islam and Math and Economics...alahai, aku tak paham satu apa pon subjek Econs tuh....

Saturday, February 5, 2011

aku pergi Goldcoast derr....!

hello kawan2! ehehe... hari ni aku pergi Golcoast weyhh! hurmm, sebenarnya tak ada plan apa2 pon nak pergi sana... ni plan last minute lah..si kecik anak saudara aku tuh, beriya nak pergi beach... pagi2 dah dok gendang2 pintu aku.. bila bukak pintu, dia kata berulang-kali, "cik Leo, bangun2... nak pergi beach.." ye2, je lah kan budak nih kan...

ohh, rupa-rupanya mak dia a.k.a kakak sulung aku nak bawak pergi Goldcoast... atau nama panjang, Sepang Goldcoast, Malaysia... korang tau tak kat mana?? rupa-rupanya dekat Bagan Lalang yang aku pernah pergi dengan Capoeira Club aku last year...hahaa...adehh, letak lah nama lain..dah ala2 Gold Coast dekat Australia pulak..ehh, jap2.. ke aku yang ketinggalan zaman tak tau nama tempat tuh...hahahaa..

well, pergi sana tak mandi pon...bertolak dalam pukul 9.40 am and sampai dalam pukul 11 am.. pergi makan dekat Hotel 'dot3'(bukan Sepang Goldcoast)...pfttt, aku tak suka makan kat hotel.. aku rasa makanan kat tepi jalan lagi sedap... yang peliknye fresh orange pon tak sedap... pahit! agaknya dia blend dengan kulit2 orange sekali... pemalas betul! geram aku... opss, ter'emo' pulak...hehehe

si kenit mata sepet
and then, lepas makan pergi lah ke pantai... masa parking tuh nampak kat satu area tuh, ada kuda... ada orang buat bisnes naik kuda..dua kali round RM 5... mula2 anak saudara aku naik..perghh, rilek je dia duduk atas kuda tuh.. then, tiba masa aku naik..ada jugak lah berdebar-debar...cuak dowh..! mana taknya, kalau kuda tuh tetiba buat hal, bawak lari aku, aku jugak yang susah...kan3?? ahahah..

jauh giler air laut..huhu
lastly, kiteorang lepak tepi pantai.. masa tuh pon dah tgah hari, air laut pon tengah surut, panas pulak tuh... so, sekejap je lah lepak situ..dalam pukul 2.30 pm dah balik dah...uhuhuu...nasib baik balik awal, sebab petang tadi hujan..tapi sempat lagi lah pergi Ikano makan Tepanyaki..hua3

Thursday, February 3, 2011

oh abangku...

3/2/2011
apa yang kecoh sangat dengan tarikh ni...

ada2 je lah Leo  ni kan...

sebenarnya, hari ni......

birthday abang aku yang gomok!! woohooo...

eh2, silap, dia dah kurus lah sekarang... haishh, pelik aku dengan abang aku yang sorang nih, sekejap gomok, sekejap kurus...

apa2 pon happy birthday!!

nahh! cake tranformers..haha.. -google-
 malangnya, birthday dia kali ni, kiteorag tak dapat sambut.. sebab dia tak ada kat malaysia.. dia sambung belajar.. agak2, nak dekat setahun kot dia tak balik sini...rindu jugak lah kat my big bro nih... muahaha, ehemm, mintak2 dia tak baca belog aku nih...

dan sempena birthday dia hari ni, aku dah mintak dia belikan video camera untuk aku... hohohooo... :p

Tuesday, February 1, 2011

I.N.V.I.S.I.B.L.E

aku nak jadik invisible boleh?
macam gambar kat bawah ni.

pakcik google bagi pinjam
 
penat lah.
aku memang suka tolong orang yang ada masalah.
tapi bila datang kat aku,
aku tak tau macam mana nak berhadapan dengan masalah.
dan aku tak suka.
shit!


ok, siapa nak join aku pergi menjerit sekuat hati? angkat tangan! hahaa...