YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Wednesday, May 18, 2011

Puteri Harbour dan kejutan.


Puteri Harbour.
Jumaat lepas salah seorang kawan aku mesej aku. Dia ajak aku pergi Puteri Habour hari Ahadnya.  Aku pon excited lah nak pergi, memandangkan aku dah lama nak pergi sana. Nak drive sendiri, aku mana ada lesen. So, tunggu orang bawakkan lah. Kira aku ni macam bos boleh jugak. Untuk sesiapa yang tak tau, Puteri Harbour tu dekat Nusajaya, Johor. Ni kalau orang Joho tak tau, aku pun tak tau lah nak cakap apa. Baik kau pindah Kelantan je. Hahaha.

Btw, aku ada jugak mesej tanya dia, tak ajak member2 kiteorang yang lain ke. Pergi ramai-ramai baru seronok. Then dia cakap, yang lain semua susah nak keluar hari Ahad. Fine lah. Jadi yang perginya aku dengan dua orang kawan aku je. Kawan aku drive sampai sana, nak kata jauh tu tak ada lah jauh sangat, nak kata dekat pun taka da lah dekat sangat. Eh, ayat putar belit pulak. Lol.

Dah sampai sana, dah parking kereta, kiteorang pon jalan nak usha2 keliling Puteri Harbour tuh. Masa tengah jalan-jalan, ada bangunan yang sedang dalam pembangunan dan kawan aku tanya kat aku :

Leo, kau kan nak jadi arkitek, tu bangunan apa eh?

(Tengok bangunan yang sedang dibina tu sambil tergelak)

Apa punya soalan kau ni, mana lah aku tau bangunan tu untuk apa, belum siap pun lagi. Haahaha.

Sambil gelakkan dia sambil jalan sambil tengok bangunan tu sambil tengok muka kawan aku sambil gelakkan dia lagi. Berapa banyak sambil daa. Tiba kat satu tempat ni, ada beberapa orang tengah lepak-lepak santai. Ada seorang tu tengah tengok aku sambil muka ala-ala blur. Aikk, macam kenal je. Aku ingat aku salah orang, tapi memang betul lah kawan aku tu. Tetiba semua bising-bising, lepas tuh nyanyi lagu Happy Birthday sambil tembak air guna pistol air. Ciss, dieorang buat surprise rupanya. Fine2. Howcome aku tak perasan dieorang. Padahal dieorang bukan lepak tempat tersembunyi pon. Tapi, tapi, tak apalah. 

I got elmo cupcake! :)
Terima kasih  sebab buat surprise untuk aku.  Hehee. Lepak sekejap je kat Puteri Harbour tu sebab kawan aku dah lapar. Aku dibuli, dieorang pergi ikat belon Elmo kat tangan aku, dieorang kata jangan bukak tali tuh. Pergi mana-mana pon jangan bukak. Takpe2, aku kan sporting(?). Memula plan nak pergi Jusco Bukit Indah, tapi tengok tempat nak park kereta sangat-sangat full, jadi dieorang decide pergi mamak je. Phewhhh, nasib baik tak jadik pergi Jusco. Kalau tak, malu jugak jalan-jalan kat situ dengan belon diikat kat tangan. Macam kanak-kanak ribena pulak.

elmo balloon. :)
 Apa-apa pon, Ahad lepas sangat-sangat seronok. Dah lama kiteorang tak lepak kumpul sama ramai-ramai. Thanks a lot guys. Hug. :)



Thursday, May 12, 2011

12 mei 2011

Well, thanks Allah aku masih diberi peluang bernafas sehingga ke hari ini. Thanks ma sebab susah payah besarkan your youngest daughter yang tak berapa nak degil ni. Keh3. Thanks sis and bro selalu layan karenah Leo. Thanks friends cause always be there when I need you..

I'm nineteen Pa. Your little girl has grown up... I really miss you Pa.
How I wish I can say that to him. 


Hari ini berjalan seperti hari-hari biasa. Spend the whole day hangout with my besties. Thank you korang. I love you. Cuba untuk bergembira. Ya, bergembiralah Leo! Di luar tersenyum girang, walau dalam hati terasa kurang.

[geleng-geleng kepala]

Your mom still ada lah Leo. Family, kawan-kawan ada je keliling kau. Be strong. [senyum]

Wednesday, May 11, 2011

mersing

Ahad lepas aku pergi Mersing. Tujuannya nak ambik sijil SPM. Sijil SPM yang original ok. Bukan yang baru keluar baru-baru ni. Dari JB ke Mersing naik bas ada lah dalam dua jam. Tapi kalau bas tu selamba rilek je bawak laju dengan jalan yang simpang siur (siapa tau Jalan Jemaluang tu tau lah jalannya camna) dalam 1 jam setengah dah sampai.

Sampai-sampai je kat bandar, ternampak KFC yang semakin besar daripada dulu kala. Hahaha. "Mersing sekarang dah maju!", tu lah ayat kiteorang. Mersing dulu paling canggih ada KFC je, sekarang dah ada Marrybrown (walaupun aku tak pernah makan marrybrown..noob giler). Ada Al-Ikhsan lagi. Ceyhh, promote Mersing pulak.

Mulanya plan nak tidur dekat maktab je, tapi tak jadi. Plan last minute tidur hotel bajet. Not bad lah, tak ada lah buruk sangat, dekat jugak dengan bandar. Siap ada wifi lagi. Nasib baik ada bilik kosong kan. Kalau tak merempat bawah jambatan je la nampaknya. Hahaa. Malam tu, lepas makan, jalan-jalan kejap 'bandar' Mersing, usha-usha apa yang baru. Tak ada apa pon yang nak dibuat kat Mersing tuh. Dah penat jalan (dah lah musim panas, malam-malam pon panas!) semua pakat balik bilik. Konon nak lepak mamak lepas tuh, tapi bila dah masuk bilik yang berair-cond tuh, memang tak keluar lah kan. And then, bila dah jumpa member2 mesti lah borak tak sudah. Macam-macam cerita ada.

Esoknya, hari Isnin, lepas tunggu semua orang siap-siap, baru pergi breakfast and straight away pergi maktab.         Pergi ambik sijil dan wajiblah jumpa cikgu-cikgu kan. Ramai lah pulak cikgu yang dah pindah. Cikgu yang jaga batch kiteorang pon dah pindah. Petangnya lepak kat surau. Ceyhh, lepak kat surau tuu! Padahal masing-masing tidur. Aku balik petang tu jugak. Ada jugaklah yang nak stay nak lepak Air Papan. Tak tau lah jadik ke tak. Bila lepak sekolah lama ni, jumpa kawan2 lama, mestilah teringat kenangan lama. Haiyaaa, tu yang aku malas tuhh. Ahhh, lantak lah labuu.

Tak ada gambar pulak. Gambar semua pada kawan aku. :p

--------nak main tumblr lah pulak. hik3------