YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Sunday, April 24, 2011

people change.

people change. so do i.
kita tak selamanya menjadi kanak-kanak.
kita tak juga selamanya menjadi remaja.
pemikiran berubah seiring dengan kematangan.
apa yang kita harapkan akan kekal, tak semestinya menjadi kenyataan.
dan apa yang kita tak terfikir akan terjadi, mungkin akan berlaku.

aku pernah berjanji itu dan ini dan aku serius berjanji.
ketika itu tak terfikir dikotak fikiranku aku akan berubah.
tapi perubahan itu berlaku sedikit demi sedikit.
maaf.
itu sahaja yang aku mampu ucapkan.

i'm sorry :(  *google
single is better to me.
supaya tak ada hati yang akan terluka,
setiap kali perkenalan yang baru terjalin,
akan kusarung topeng,
topeng yang menjadikan,
aku manusia lain daripada diri sebenar.

entahlah.
tak tau apa yang jadi pada masa akan datang.
cuma boleh mengharap semuanya akan baik-baik sahaja.

cuma mampu,
mengharap. berdoa. berusaha.
dan
go with the flow.

Saturday, April 16, 2011

mimpi kena kejar

Phewwhh, penat siot kalau mimpi kena kejar. Ini bukan kena kejar dengan hantu ke apa. Ini kena kejar dengan orang. Memang terasa ke-real-an nya. Bila terjaga pulak, rasa macam tak cukup nafas. Yela, dah macam betul-betul lari. Haiss. Aku ni, kalau mimpi, jarang lah pulak mimpi fairy tale ke mimpi putera impian datang ke. Hohohoo. Asyik-asyik mimpi kena kejar tak pun mimpi lawan-lawan.

Malam tadi pulak, aku mimpi kena kejar secret agent. Agent mana aku pun tak tau laa. =.= Aku rasa ni gara-gara tengok cerita movie kat TV3 'Race to Witch Moutain' la ni malam tadi. Fuhh, dalam mimpi tu aku memang hebat melarikan diri. Lompat sana lompat sini. Lari laju giler. Cuak lah kan, takut agent tu dapat tangkap aku. Aku pun tak tau lah kenapa agent tu nak kejar aku, yang aku tau, aku kena lari selamatkan diri. Orang kejar, kita lari lah kan. Dah macam main kejar-kejar lah pulak. Last2 aku terjaga macam tu je sebab alarm berbunyi. Haihh.
kesian jerry selalu kena buli kan. *google
Pernah jugak lah aku mimpi kena kejar gorilla. Gorilla kejar aku?? Ish, entah apa aku buat sampai gorilla pun nak kejar aku kan. Mimpi. Macam-macam kan. :)

Sunday, April 3, 2011

carboot sale JOHO

Helo semua. Iklan jap ---->Ini untuk Johorian, silalah join page JOHO atau kalau rajin follow lah blog dieorang (klik SINI).

Kenapa tibatiba aku bermurah hati nak promote2 ni? hahhaa. Well, hari ini JOHO ada buat carboot sale di JOHO Concept Store dan aku dengan suka ria nya berkobarkobar mengajak akak aku pergi ke sana. Hurmm, aku rasa setiap bulan kot dieorang ada buat carboot sale ni, sebab selalu gak aku dapat invitation (ceyhh, bajet dieorang invite aku sorang je la kan -.-" ) dari page dieorang dan aku selalu lah keciwa tak dapat join. So, alangalang aku tengah cuti sem, takkan lah aku tak pergi kan. Giler semangat dari minggu lepas ni. Hua3.

Disebabkan kiteorang malas nak berebut parking, jadi kiteorang pergi lah awal. Start kononnya pukul 11 am, pukul 11 lebih jugak lah kiteorang sampai. Boleh bayangkan lah beberapa je yang baru bukak bonet kereta dieorang kan. Perghhh, cuaca pulak panas terik. Memang bermandimanda dengan peluh lah nampak gayanya. Hahaha. Tapi takpe, sempat jugak lah aku rembat (belilah!) satu kardigan. Of course lah harga murah kan.

Oh, kepada sesiapa yang tak tau carboot sale tu apa ------> daftar tempat, then bukak bonet kereta, then jual lah apa2 barang yang korang nak. Yang tadi aku pergi, JOHO lah oraganize kan carboot sale ni. Hah, itulah dia. Barang pun murahmurah lah! Wuhuu~

So, kalau tibatiba korang dah tak tau macam mana nak buang barangbarang yang korang dah tak guna tu, better korang pergi isi harta karun korang tu dalam bonet, pergi tepi highway, bukak bonet, jual kat situ. Ok, tipu je, takkan la nak jual tepi highway. =.= 
Ya, macam ni la carboot sale. Gamba credit to my sister. :)
 Tadi sempat jugaklah daftar nak jadi participant untuk charity event dekat Zoo Johor sabtu depan. Aku lah orang first yang daftar. Memang terserlah ke-excited-an aku nak join. Booth dieorang pun baru nak bukak, aku dah sibuksibuk nak daftar. Hehehee.

Pada aku, bagus event macam ni. Aku sebenarnya dah lama nak join charity2 ni, cuma masalahnya aku tak tau macam mana nak join. Plus, aku minat jugak lah haiwanhaiwan (dulu pernah ada citacita nak jadi veterinarian, muahaha, tapi tak layak). Jadi memang perfek lah event kali ni. Aku nak ajak kawankawan aku yang lain, tapi dieorang belum cuti lagi lah, sorang je yang free. Itu pun dia belum confirm lagi. Adehh. Takpe LEO, gamble je laaaaa. :p