YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Friday, December 31, 2010

tak puas hati ke bang?

update entry secara pantas sebab aku guna komputer kat rumah saudara aku...yelaa, guna barang orang, kenalah berpada-pada..takkan la nak buat macam komputer sendirik ye tak..sekarang ni aku sudah berada di PJ. awalkan......padahal cuti habes 2hb...disebabkan takut  tiket JB-KL, aku disuruh mak aku supaya balik ikot saudara aku yang duduk di PJ ni memandangkan mereka berada di JB baru-baru ini...hailaaa, tak apa lah..apa susah, kalau aku nak keluar jalan2 ajak je la cousin aku ke kakak2 aku ke..huhu..

gambar tak ade kena mengena..hahaa
ok, cerita kali ni pendek aje..malam tadi aku pergi makan2 dengan saudaraku..then order kuew tiow goreng and sirap limau ais...tapi aku tak tau la, sama ada orang yang amik order air tu pekak atau tidak jelas apa yang aku cakap....dia bagi aku air sirap sahaja tanpa limau....aku tak kesah pon, air sirap pon, air sirap lah...aku minum je...tapi untie yang yang baik hati minta 'orang air' itu perahkan limau dalam air sirap itu...huhuh..
google aje
then, orang tu pon kembali dengan air SIRAP LIMAUku...ye2....memang rasa limaunya tersangat-sangat lah masam sampai tak ada rasa sirap dah..(baik aku order limau ais je..huhuu) .aihh, tak puas hati ke orang yang buat air tuh...nasib baiklah aku nih memang suka masam2, sedut je lah..ingat aku kesah??agagagaaa


the end...ehhh  jap2, belom tamat entry lagi yek..hehe..sebenarnyakan, kalau orang tersalah hantar order macam aku cerita tadi, aku tak suka nak mintak tukar..sebab kan.....sebab, mak aku pernah cerita, dia ada tengok satu cerita kat tv, tukang masak yang tak puas hati, akan letak something yang bukan2 dalam makanan kita..then, kadang2 makanan yang terjatuh atas lantai, dia amik je balik letak dalam pinggan and bagi kita makan...tapi tak taulah kat Malaysia ni macam tu ke tak..sebab mak aku tengok rancangan luar negara punya.....hahahaaaaa

Sunday, December 26, 2010

nak mintak tolong korang...

helo tuan2 dan puan2..ada sapa2 boleh bagi info tak..
sekarang nih, dalam list-barang-tak-wajib-beli-tapi-mengada-nak-beli aku, aku tengah nak carik video camera and headphone wireless..

nih macam unik je bentuk dia.huhu

belum sempat nak usha2 kat kedai sebab tak sempat lagi nak keluar jalan2 since aku balik JB nih..huhu..lagipon aku tak tau la mana satu yang bagus ke tak..so, apa kata korang yang dah pernah ada mende alah yang aku nk atau yang pro2 bagi info sikit pasal function2 yang aku kena fokuskan especially video camera tuh..yelahh, barang bukannya murah, mestilah nak yang terbaik..ye tak..huhu..jasa anda amatlah dihargai..huhu

Saturday, December 25, 2010

I got wombat ! I got wombat !



ok, kita tinggalkan entry jiwang yang lepas, kali ni aku nak cerita pasal wombat..eheh, tetiba nak cerita pasal wombat lah pulak kan..patutnya cerita la pasal leopard ke hape kan..bukan ape, aku tertarik nak bukak story pasal binatang nih sebab aku baru dapat wombat from my big bro..agagagaa..



comel kan, comel kan..uhuuu..macam jakun pulak..yela, seumur hidop, tak pernah la pulak siblings aku bagi teddy2 ...alaa, patung2 berbulu nih memang bukan mainan kiteorang lah..hua3

actually, my mom baru balik dari Sydney ikut akak aku pergi graduate kat sana..then, abang aku yang tengah belajar kat Tasmania pergilah Sydney jumpa mereka2..and kirim this binatang-tak-hidup..aiseyhh, jeles betol la tak dapat belajar kat oversea nih..ops, takpe2..syukur dapat sambung belajar..huhuu

so, serba sedikit pasal wombat yang aku tau...

wombat ni kita boleh jumpa kat hutan or gunung2 kat area tenggara Australia and Tasmania..
sejenis 'marsupials' (binatang yang ade kocek kat badan die, alaaa, yang macam kangaroo tu lah....ape ingat kangaroo je ke ade kocek..) huhu...function kocek tu, supaya bila dia korek lubang kat tanah guna gigi and kuku yang tajam tuh, so, tanah2 tu tak terkana la anak dia yang ada dalam kocek tuh...dia nih binatang herbivor..

atas nih picture wombat yang sebenar..kalau korang nak tau lebih lanjut, pergi google je..huhhu

Friday, December 24, 2010

untuk kamu

oh,
I wish I was her,
who knows what inside your mind 

I wish I was her,
who can be by your side.

I wish I was her,
who can make you calm.

I wish I was her,
who can make you laugh.



wish to be one of your friend and hope you know that I faithfully to hear all your problems

*dan aku berharap aku punya keberanian untuk mulakan perkenalan diantara kita..

huahahahaaa..jiwang habis entry nih. :p

Monday, December 20, 2010

weekend's story

semalam ahad, 19/12/2010 last paper aku untuk mid-sem examination..subjek Understanding Islam (UI)..aku memang tabik spring lah dengan diri aku sendrik sebab aku memang struggle giler untuk subjek nih..muahahahaa...errr, maksud aku struggle tuh, aku start belajar dua hari awal sebelum exam and memang aku focus masa ulang kaji UI..sampai pergi training capoeira hari sabtu lepas pon aku bawak buku sekali...hohohohhh..apa korang ingat senang ke nak tengok aku rajin macam tuh..
ulat makan buku. :p

then, jumaat malam yg lepas aku siap simpan laptop kesayangan aku nih dalam locker roomate aku...yelah..kalau aku simpan dalam locker aku, kompem2 setiap kali bukak locker mesti nak je guna laptop tuh..huhuu..so that's mean, masa hari sabtu, satu hari tuh aku tak ngadap laptop...fuhh..ingat senang ke aku nak buat macam tuh..selalunya, aku letak lappy aku atas katil je..balik bilik je terus on..


aku rasa, aku semangat nak study Understanding Islam ni pon semuanya gara2 result subjek Economics aku yang aku baru dapat baru2 ni macam #@%*$!!..hahaa..so, aku hope, subjek ni dapat la tinggi sikit markah walaupon hanya exam mid-sem...tapi, sebenarnya tak rugi pon belajar subjek nih..seronok..hurm, rasa macam nak buat entry kenapa aku pilih UIA masa isi borang UPU dulu2 lah pulak...huhu

ok, next story..sebenarnya, masa training hari sabtu ari tuh, kiteorang ada plan nak jumpa instructor Capoeira dari Sao Paulo kat KLIA ari ahad,semalam lah..and then, aku ngan member aku dah plan, lepas exam nak follow dieorang..

ni cilok kat google..Xiamen Gaoqi International Airport
plan kumpul ramai2 kat KL Central pukul 2:45pm sebelum pegi KLIA, exam habis 9:30am..aku ajak member aku pergi Digital Mall dulu, bayar P1 W1MAX..then pergi Mid Valley..masa tuh dah pukul 11 am..ajak member aku dari UM jumpa kejap..makan2..dalam pukul 2:40pm naik KTM gerak pergi KL Central..semangat nih nak jumpa instructor tuh...tapi sangat kecewa bila dapat tau tiket nak pergi KLIA rm35 untuk one way...duit memang ada, tapi macam tak berbaloi pulak...so, aku and member decide tak nak pergi lah..our cikgu and some seniors je pergi...hurm, untuk mengubat kekecewaan tu, kiteorang balun mcD and lastly balik dengan wajah kehampaan..ehee..ayat nak lebih...

...tak sabar nak cuti...lagi 3 hari..oo yeah!

Thursday, December 16, 2010

Stress lah !!

korang pernah rasa stress? rasa dalam kepala otak ni dah macam serabut sangat..rasa macam nak hentak kepala kat dinding..rasa macam....macam2 lah..huhu....tipulah kalau korang kata hidup korang hari2 happy tak pernah rasa stress kan...at least, dalam seumur hidup mesti pernah punye rasa stress..korang tau tak, stress ada beberapa jenis iaitu Eustress, Distress, Hyperstress and Hypostress.

Eustress.
- eustress ni dikira 'positive stress'..yup..tak semua stress tak bagus ok..
- stress jenis ni boleh bantu kita memberi tekanan untuk menghasilkan prestasi yang cemerlang
- contohnya, masa musim exam..atau presentation and lain2

Distress.
- berbanding eustress, distress ni pulak 'negative stress'..
- contoh2 distress : kematian seseorang, kerja yang berlambak, masalah duit..bla3...

Hyperstress.
- ni pon jenis 'negative stress'..
- stress ni terjadi bila sesorang itu terpaksa buat sesuatu lebih daripada apa yang dia boleh buat.
- hyperstress ni boleh jadikan kita terlebih emosi..
- even seseorang tu menghadapi masalah yang kecik, tapi dia akan rasa terlalu emosi dan tak dapat mengawal emosi tersebut.
- contoh2 hyperstress : orang yang sentiasa melakukan kerja dengan cepat, ibu2 yang berkerja sebab ada komitmen dengan family and kerja

Hypostress.
- hypostress bertentangan dengan hyperstress.
- selalunya orang yang hadapi stress jenis ni selalu rasa bosan.
- maksudnya, mungkin dieorang ni rasa bosan dengan rutin kerja yang sama setiap hari..
- mungkin jugak kerja2 yang dieorang terima tak mencabar dan kurang inspirasi

so, korang punya stress yang mana satu?huhu..apa2 pon, bila korang rasa stress lepaskanlah walau apa cara sekali pun selagi tak bertentang dengan ajaran Islam..ni aku nak share cara2 nak kurangkan stress...

Cara-cara Mengurangkan Stress.

1.Allah
dekatkan diri pada-Nya..banyak baca Al-Quran, berzikir...mintak ampun dan bantuan dari-Nya..sebab apa yang berlaku pada kita, Dia je yang tahu segalanya..

2. Senyum.
haaa..senangkan..setakat senyum je..semua orang boleh buat..tapi tengoklah, bila seseorang tuh tengah ada masalah, berapa ramai yang masih mampu tersenyum..?
sengih macam ni haa..

3. Musik
ni salah satu cara yang aku selalu buat..dengarlah lagu2 feveret korang yang boleh bagi semangat semula..tapi kalau korang baru lepas clash, janganlah pulak dengar lagu2 feveret korang berdua..ada pulak yang bertambah stress kang..hua3..

4. Jalan-jalan
tak perlu jalan2 kat shopping mall ke apa..cukuplah jalan2 kat sekitar rumah or taman or lake petang2 tuh..ambik angin..lihat sekitar korang..tengok langit..tengok betapa luasnya langit tuh..

5. Duduk
duduk diam..tarik nafas dalam2 and lepaskan..bagi semangat kat diri sendiri..jangan tunggu orang lain nak bagi semangat kat korang..korang sendiri orang yang paling tepat bagi semangat kat diri sendiri.

6. Borak
boraklah dengan seseorang yang korang rasa selesa..mak ke, ayah ke, bestfriend ke..lepaskan kat dieorang...kalau boleh carik orang yang boleh buat korang gelak2..huhu

no  more stress..hik3
ok, itu aje..tak moh stress2 lagi..ok. :)

Monday, December 13, 2010

SOKO.

hari tuh aku ada merayau-rayau kat satu blog nih..blog ni ada letak auto music....selalunya bila aku dengar auto music kat mana2 blog aku cepat2 baca entry terbaru dia then tinggal jejak..then blah..huhu..tapi..tapi..lagu kat blog nih best! suare comel2..tapi bukan lah suare tuan blog itu..agagaa..blog sape? blog cik Bella..masa tuh dia guna lagu Take My Heart - Soko..tapi sekarang dia dah tak lagu kot..so..aku terus lah carik kat youtube..dengar beberapa lagu dia..ermm..best jugaklah..huhuu..jadik aku nak share ngan korang salah satu lagu dia..tajuknya It's Raining Outside..




 It's raining outside
I'm crying inside
It's raining outside
I'm crying inside

5 a.m in the dark
You like a cold fish with me
You're sleeping I'm thinking
You're turning your back to me
Here in my bed you're mad away from me
Here in my head you're never close to me

It's raining outside
I'm crying out loud
It's raining outside
I'm crying out loud
I run away by foot

Lost in the empty street
You are supposed to follow me
But you are too proud too do it
Here in my bed you're mad away from me
Here in my head you're never close to me
Come on... don't be mad I told you I need you
Come on... don't be sad I'm still in love with you
It's raining outside
may I come inside?
It's raining outside
may I come inside?

It's my fault, I'm sorry
Let me happy this fight
I apologize, would you hug me tonight?
Here in my bed you're mad away from me
Here in my head you're never close to me
Come on, don't be mad, I told you I need you
Come on, don't be sad, I'm still in love with you 
comel tak?baik korang kata comel..kalau tak aku terkam korang guna kuku harimau bintang aku yang tajam nih....ahahaa

cerita pasal cik Bella nih..dia ada bagi aku award..wah2..award lagi..jangan jeles ye..
aduh..soalan bagi pendapat ni yang aku lemah sikit nih..huhu..
1-Apakah nama pena yang sesuai diberikan kepada Bella??
 -nama Bella pon dah sedap rasanya :) -

2-Apa perubahan yang anda rasa perlu untuk blog nie??
-kurangkan terlalu byk penggunaan kaler kot..tapi..up to you lah..ini cuma pendapat -
3-apakah komen anda tentang blog nie??
 (jawab jujur2 ye, kalau menipu untuk jaga hati pon boleh heeee)
-comel je.. -

sebernarnya kena tag..tapi malas lah..huhu...thx bella! :)

Saturday, December 11, 2010

dia muncul depanku, dan aku...

 Kedai Buku

"weyhh Leo!! sini jap..sini2.." sambil tarik tangan aku...
"apa dia ko ni? sabar laa, aku boleh jalan sendiri la..hishh"
"tu, ko tengok tu", sambil tunjuk ke arah sepasang couple.

see.my heart dah sihat.
aku? terdiam kaku. dia. senior yang aku pernah minat diam2 sejak sekolah menengah dulu. dan pasangan dia still yang orang yang sama jugak dari sekolah menengah dulu. tetiba aku rasa sedih. aku ingat aku dah buang perasaan aku pada dia lama dah. FB dia aku dah delete. gamba dia aku dah buang. tapi kenapa aku terasa pedih dalam hati. cemburu tengok mereka. aduh, hati. tolong jangan buat hal kat sini, please..kawan aku entah hilang ke mana dah..


tiba2 datang sorang budak kecil.
"akak.. akak, piano tuh ape?"
kebetulan ade sebuah piano berdekatan kami, lalu sambil duduk, aku tunjuk ke arah piano tersebut. tersenyum walaupon mata seakan berkaca sudah.
"piano? itu yang kat sana tu... piano lah namanya"
tak guna menangis air mata darah sekali pun.
sedang aku sibuk melayan karenah kanak2 tersebut, datang seorang lelaki dan seorang perempuan ke arah kami berdasarkan kasut mereka yang aku lihat. lalu aku dongak. oh, damn. apehal dieorang datang sini pulak. aiseymann.. dieorang kenal budak kecik ni ke? adik perempuan ni ke? sebab yang aku tau lelaki ni anak bongsu. lelaki ni a.k.a. senior aku duduk betul2 depan aku sambil melayan kanak2 tersebut dan yang perempuan tersebut duduk sebelah balak dia. dieorang tak hiraukan aku langsung. jadi aku pon hanya berdiam diri. cuma menatap muka yang dah lama tidak ku lihat sejak dia tamat sekolah. berdebar rasa hati ni.

nak amik hati aku?
tiba aku terdengar lagu Senyuman Ragamu-Gerhana Ska Cinta feat OAG..eh, handphone aku ke?sejak bila aku pakai lagu nih.....oh, shoot! alarm aku rupanya! tengok jam, dah nak habis subuh! damn. mimpi rupanya... +,+ 
mimpi, ko main2 dengan aku ye..nak kena ni.
ohh..segalanya hanya mimpi..nasib baik bukan realiti..kalau realiti, aku tak tau lah macam mana reaksi aku..tapi kenapa aku terasa sedih.  

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


malam tadi buat performance capoeira untuk alumni Sekolah Tun Fatimah (STF), JB kat Hotel Singgahsana. seriously sangat seronok walaupon mula2 cuak dok atas pentas tuh..huhuu

Friday, December 10, 2010

soalan yang mencabar kewibaanku...

hai kamu2 semua..kali ni aku nak buat entry berfaedah sikit untuk kamu2 semua...eh eh...selama ni tak berfaedah ke...ehemmm.....ok, abaikan...

aku sebenarnya di tag untuk menjawab beberapa soalan..aduh..soalan lagi?? tapi tak pe..sebab soalan yang diberikan ni memang mencabar keilmuan aku..har3..

soalan2 berikut telah diberikan oleh cik Phyca kepada semua followers dia..tujuan dia bagi soalan ni atas sebab nak memartabatkan Bahasa Melayu katanya..cewahhh...then, bila dah jawab boleh amek award dari dia...
comel2.

ape soalannya? ---->



1. Nyatakan 5 nama bintang yang anda tahu. (kecuali Antares)
2. Cochineal ialah sumber pewarna merah bagi kebanyakan produk seperti gincu dan kordial. Cochineal ialah ...?
3. Nyatakan 4 warna sewarna Cochineal.
4. Nyatakan 3 fakta tentang awan Mammatus.
5. Nyatakan 2 info berkenaan Lomografi.

*Jawap semua soalan.
*Jawap semua soalan dengan menggunakan Bahasa Melayu kecuali kata nama Khas.
haaa..mencabar tak mencabar la kan soalannya...errr...aku akan cuba menjawab dalam bahasa ibunda tercinta ye cik Phyca...huhuu... memang sejujurnya aku tak tau semua jawapan2 nya..jadi aku gigihkan diri google sana, google sini, tanya orang sana, tanya orang sini..sampai merangkak-rangkak aku ke library..huhu..hyperbola sikit...berikut jawapan2 aku..tak sure lah betul ke idak..

1. Nyatakan 5 nama bintang yang anda tahu. (kecuali Antares)
 kalau nak tau lebih lanjut boleh klik kat nama2 bintang ni ok.
*La Superba 
*Electra - wahhh, macam nama blog aku lah..huhuu...nama lain dia '17 tauri'..salah satu gugusan bintang Taurus..
*Okul - nama lain ialah Pi Capricorni. Okul ni maksudnya mata dalam bahasa Latin
 *Sirius - ehh, mcm nama watak dalam HP..huhu..
*Yed Prior
 UPDATE :

nama2 bintang yang lain boleh klik sini 
satu lagi bintang nama Almach
 2. Cochineal ialah sumber pewarna merah bagi kebanyakan produk seperti gincu dan kordial. Cochineal ialah ...?

ok, hasil penyelidikan aku.....cewahh, penyelidikan tak leh blah..huhuu...cochineal ni ialah bahan pewarna yang berwarna merah diambil dari serangga Dactylopius kokus...cochineal juga sangat larut dalam makanan.

3. Nyatakan 4 warna sewarna Cochineal.

merah perang, kelabu, hitam, carmine

carmine
4. Nyatakan 3 fakta tentang awan Mammatus.

# awan ni terbentuk disebabkan pengumpulan air dan udara daripada angin ribut taufan lain.
# berlaku lebih kurang 5-10 minit
# satu mammatus lobus (lobes) diameternya lebih kurang 1-3 km dan panjang lebih kurang 0.5km
canthek weyh!

5. Nyatakan 2 info berkenaan Lomografi.
kamera lomo :)

takkan korang tak tau pasal lomografi...sekarang kan femes pasal lomografi..aishhh..ape lah...opss...ehehe..(garu2 kepala) sebenarnya aku yang tak tau pasal lomo2 ni..dgr je orang sebut2 kamera lomo...huhu..
 
~ LOMO ialah singkatan dari Leningradskoye Optiko-Mechanicheskoye Obyedinenie (Leningrad Optical Mechanical Amalgamation
~ Boleh hasil pelbagai foto macam fish-eye dan lain2..

huhu..aku tak tau la pasal lomografi..sori..





ok.. akhirnya dah siap menjawab semua soalan....yeahhh!! tepuk tangan sikit..!huhuu..


tapi..tapi.....kan aku dah cakap kat atas tadi..aku tak sure betol ke tak jawapannya..so, aku nak panggil cik phyca jap..mintak tolong die rite kan untuk aku...hua3...atau korang yang tau jawapannya, meh2 share dengan aku...tak baik kedekut ilmu...huhuu...

Wednesday, December 8, 2010

banyak tanya betol la mereka nih.

hai semua!! beberapa hari lalu incik Syamil Hafiy and cik anis aniesa bagi beberapa soalan untuk dijawab...huhuu..demi merek... bersusah payah aku jawab..agagaaa..


Person who tagged : Syamil Hafiy
Starting time : 11:41 AM


Name : Leo
Full name : Yellow Leopard
Sibling(s):79
eye colour : putih
Shoe size : 5 kot
Heightdah lame tak ukur
What are you wearing right now : baju and seluar lerr
Favourite number :12
Favourite drink : tak ade favourite
Favourite month : jan, feb.march, mei, jun, july, aug, sept, oct, nov, dis
Where do you live : hostel
Hair : kuning boleh?haha
Favourite breakfast : tak breakfast, terus lunch..jimat..huhuu


Have you ever

Broken a bone : nope
Been in a police car : ofkos not..ahahaa
Fallen for a guy/girl in a short period of time : ehemmm...
Fallen asleep in school : ehhh...mane pernah..focus2...zzzzzz
Broken someone's heart : errr..mane tau.. =,=
Cried when someone died :gosh, mestilah.
Swam in the ocean : nope
Sat by the phone all night waiting for someone to call : nope
Saved e-mails : nope
Been cheated on : ntah lahh

What

Your room look like : ade katil, meja study dan seumpamanya lah..
What is right beside you : bantal?
What is the last thing you ate : nasi and sambal sotong..nyumm2.

Ever Had

Chicken pox : yes
Sore throat : yes .
Stitches : errr,,nope

Do You

Believe in love at first sight : nope
Like picnics? : yup

Who

Who did you last yell at? : no one.. :p
Who was the last person you danced with? : xde
Who last made you smile? : me myself :)

Final Questions


What are you listening to right now? : songs-sahabat-ost laskar pelangi .
What did you do today? : class
Are you the oldest? : nope
Indoors or outdoors? : both

Last Person Who 

You talked to on the phone ? : mom
Made you cry? : errmm..jap..pikir dulu......
You went to the mall with ? :  friends or family..
Who cheered you up ? : everyone

Have You

Been to Mexico ? : nope .
Been to USA ? : nope .

Random


Have a crush on someone? : aiseyymann
What books are you reading right now? : utopia kira tak?hahaa.
Best feeling in the world? : talking with my best freind..
Future kids name? : balqis..ahahaa
Do you sleep with a stuffed animal? : xde2
What's under your bed? : ghost, eh..tak2..tipu je
Favourite sport (s) : main kejar2
Favourite place : disco..haha..tak2..erm..pantai
Who do you really hate? : secret.lol.
Do you have a job? : keje tidor
What time is it now? :
11:57 AM

With however long it took you to complete this, post as " banyak tanya betul!" and tag 15 people :

tiga cukuplah..huhuu..
pstttt...tolong jangan percaya jawapan di atas 100% ye..,byk auta drpd fakta.. hehee
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
yang ni pulak soalan dari member aku cik anis aniesa


1. MAKANAN KEGEMARAN
favouriteku sentiasa berubah-ubah..huhu..sekarang tgah dok layan yong taufu je memanjang

2.SIAPAKAH MANUSIA YANG PALING aku SAYANG
sapa yang sayang aku aku sayang dia balik..hahaa




1.TENTANG BLOG ANIS ANIESA
nice!

2.NAMA BLOG aku DAN KENAPA LETAK MACAM TU
electocute..sebab aku suka lah

3. 5 PERKARA YANG aku SUKA
tidur
makan
hangout
mengumpat,mengutuk, menganjeng..lol
gelak

4.5 PERKARA YANG aku X SUKA

over acting
bajet bagus
cicak
tebu
cakap tak serupe bikin

TAG


p/s : tengah2 jawab soalan ni, baru aku perasan ada dua awards..so, aku tak sure la cik anis kiter ni bagi aku award yang mana 1..tapi demi menjaga hatinya, aku rembat dua2 je laa..huhuu.thx yaww.