YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Thursday, March 24, 2011

Street Culture

Ok guys (and girls), untuk entry yang lepas, ermm, sila ambil perhatian, Capoeira tak ada voodoo lah. Itu hanya omongan mak aku je tuh. Hohoho. Jangan percaya ok. Apa2 pun, macam beberapa orang bloggers cakap, as long as kita tak ikut benda2 yang ngarut ke hape dah la kan?  :)

Google.
 Btw, aku rasa macam nak masuk satu contest design nih. Tema dia Street Culture. Hurmm, bila sebut street culture, aku bayangkan, breakdance, skate, grafiti dan bla3. Cakap pasal grafiti, grafiti cool rite? Kalau naik lrt, aku suka tengok dinding2 yang ada contengan grafiti. Walaupun ianya dikatakan vandal, tapi sangat berseni. Kalau boleh nak aje aku join. Tapi apakan daya....... Eh, dah melalut pulak.So, aku nak tanya pendapat korang pulak, apa pendapat korang bila terdengar pasal Street Culture? Maksud aku, apa yang korang bayangkan mengenainya? Baik ke, buruk ke, tempat melepaskan tekanan ke??

Oh, tak payahlah search google ke apa, itu aku pun tau. Huhuh. Aku cuma nak tau apa yang korang terfikir sebenarnya. Tak ada yang salah atau betul. Eheh.

Thursday, March 17, 2011

oh mama.

Oh, seronok sungguh berada di rumah sendiri. Huk3. Tapi kadang2, ada perkara yang tak sedap berlaku. Haihhh. Apa yang tak sedap sangat berlaku ni Leo haa?? Ok2, bacalah.

Beberapa hari lepas, tengah dok syiok aku buat beberapa aksi capoeira sambil bercerita pasal capoeira dengan mak aku, tetiba mak aku mengeluarkan kata2 yang agak menusuk kalbuku.

Capoeira tu ada voodoo lah Leo.

Eh, apa pulak mama ni. Mana ada. Mama tau tak, capoeira ada unsur2 Islam gak? (aku dapat maklumat ni daripada workshop yang aku pergi hari tu)

Yela, capoeira tu dari Brasil kan. Orang tu saja je nak ambil hati awak kata capoeira ni ada unsur Islam

Aku terdiam. Terus masuk bilik. Aku bukan taknak betah balik kata2 mak aku. Tapi tiba2 aku rasa macam terkilan sangat bila mak aku cakap macam tuh. Bila orang lain 'cakap2' pasal capoeira tak bagus, capoeira itu ini, paling koman pun aku cuma nyirap dalam hati je. Bengang lah weyh, benda yang kita minat, orang lain dok kutuk2, dok banding2 dengan martial art lain.

Dan bila mak aku sendiri, orang yang aku selalu share cerita2 pasal capoeira(aku bukan jenis suka bercerita dekat semua orang) cakap macam tu, cara dia cakap macam nak suruh aku stop capoeira, gila sedih lah kan. Perghh, air mata yang jarang2 tumpah ni, tetiba menangis dowh! Ya, aku tau ni perkara kecil je, tapi aku pun tak tau kenapa aku nak menangis bagai. Haishh, tak 'macho' langsungkan! Hahaha, ok. Aku perempuan. Perempuan kan ada masa terlebih emosional sikit kan. Hehe.
google.
Semalam pulak, tengah duduk rileks minum petang menambahkan berat badan (sejak cuti sem, dalam dua minggu ni, berat aku naik 2kg! Giler lah kan!), mak aku tanya :

Leo, awak tak buat excercise capoeira tu ke? Nanti keras pulak badan tu.

Tak, tak semangat dah. Nak stop. (Sambil suap roti naik dalam mulut)

Bhahahaaa. Saja je cakap macam tu. Konon nak merajuklah, tapi mak aku tak layan pun. Ceyhh. Lagipun, tak kan lah sebab kata2 mak aku, aku nak terus berhenti capoeira, ye dok? ngehehe.

Friday, March 11, 2011

Gangster High

when you fuckers hang together, you all think you're the shit. so you think you're tough huh?fuck that. -Gangster High-
Cerita ni best. Tak ada jiwang2. Bahagian akhir sekali yang aku suka. Fuuhhh!

Aku tertarik dengan ayat daripada cerita Gangster High tuh. Kalau tengok dalam filem (aku belum pernah tengok gengster depan2, tapi kalau bagi peluang pon, tak nak aku jumpa mereka2 nih. Ishh.) , gangster2 ni mestilah beramai-ramai kan? Mana ada gengster sorang2. Selalu pon kalau 'kita' keluar ramai2 dengan kawan2, terasa macam cool kan, lebih selamat, kalau orang nak kacau pon tak yah takut, kan ramai kawan2 boleh back-up.

Entah apa motif aku tulis entry ni entah. Cuma aku teringat, ada satu masa tu, 'mereka' beramai-ramai satu geng ada melakukan kesalahan, dan bila ditegur, amboiii, terus nak belasah orang yang menegur tuh. Nasib baiklah ada orang sekeliling yang meleraikan. Kuat sangatlah kononnya tu? Cuba kalau sorang2. Berani ke? :)

Masalah takkan selesai dengan keganasan. Bila ditegur, kalau itu untuk kebaikan, terima je lah walaupun pahit.


Friday, March 4, 2011

workshop.




Haiyarkk. Sem 2 dah habis seminggu yang lalu, tapi aku still kat PJ. Sebabnya, aku ada Capoeira Workshop start dari 3hb March (Khamis) saaaaampailah 6hb March (ahad). Phewwhh, really miss JB. Eceyhhh, rindulah sangatkan. Agagaa. Tapi tak apa, aku tau, bila dah seminggu dua kat JB, gerenti aku akan rasa bosan balik. Yelah, cuti kali ni dalam 2 bulan kot. Cuti pulak tak sama dengan universiti lain. Haihh.

Apa2 pon, workshop ni memang best lah dan semestinya terasa penat. Hahaha. Hurmm, banyak jugaklah problem bila buat program macam ni, especially DUIT. Disebabkan kiteorang panggil Contra-Mestre dari Australia, so banyaklah duit diperlukan untuk tiket flight. Belum lagi masuk duit t-shirt lah, duit refreshment untuk participant esok lagi. Alamak aihhh...


Esok pulak ada open workshop yang dibuka penyertaan untuk group2 lain atau siapa2 pon lah. Hopefully ramailah yang datang. Huhuu. Dan malam pulak kiteorang akan pergi Bukit Bintang. Haa, jomlah ramai2 datang BB depan Maybank ya. :p