YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Monday, November 29, 2010

petanda sepit rambut patah 3 kali.

petanda sepit rambut patah 3 kali..korang nak tau tak??
bukan aku punyer.curik dari google..ngehh


haaa..cuak tak tajuk entry??..... ape? tak cuak?? ok, aku pon rasa tak cuak pon....ahahaa..sebenarnya macam ni...beberapa minggu yang lepas, spring kat sepit rambut aku patah..alaaa..kat sepit rambut kan ada spring..tak tau ke? tengok kat picture atas nih...

jadik, selang beberapa hari, aku pegilah beli baru..dekat pasar malam je..murah sikit...murah2 pon aku hope boleh tahan lahh...tapi harapan aku punah, sepit tuh patah lagi..huh..ok, ni bukan sebab rambut aku keras macam besi ok..ni sebab, masa training capoeira kat studio sabtu lepas, aku pergi ikat tudung kat belakang, then sepit guna sepit rambut...lepas tuh, aku kena golek2 kat lantai..malangnya, aku terlupa yang aku ada sepit tudung kat belakang..lepas tuh..lepas tuh...krekkk...patah..haisss..korang boleh bayangkan tak apa yang tengah cerita nih??tak paham nasib ko ler..agagaaa..

sila tumpukan aksi rolling oleh budak kecik berbaju merah jambu itu dan tolong abaikan aksi kat belakang ye...



nasib baiklah aku memang dah plan dengan kawan aku nak pergi Mid Valley lepas training..jadik, lepas makan aku singgah Sinma..kedai aksesori wanita..cewahhh...pilih punyer lah lama...hahaa..

then, balik tuh kat bilik aku pakai lah..then aku duduk atas katil nak online...lepas aku sandarkan badan(and kepala sekali lah)  kat dinding je......tiba2..prappp....!!patah lagi??bengong!

hurmmm..so, korang rasa, ada ke petanda kalau sepit rambut asyik patah?hahaaa..mestilah tak ada...

Sunday, November 28, 2010

tips elak lapar

nyummy2! lapa tak? hehe

.perut lapa.
.tak makan malam tadi.
.tapi sekarang dah tengah malam.
.malas pulak nak makan.
-opsss, bukan nak jaga badan ok-
.jadik nak elakkan lapa kena tidur.
.jadik aku nak tidur dulu laa.
.lagipon hari ni penat.
.pergi jalan2 tadi.
.nanti aku update esok ok.
.gud nite.
.thanx kepada yang menyinggah.

Friday, November 26, 2010

kepala baru.


~header yng baru dibuat~
~sangat simple aje~
~lagipon aku memang suka simple2~
*ceyhh..padahal nak cover yang aku tak reti design2 header nih*
~hahaaa~
~apa kata kamu?~

Thursday, November 25, 2010

k.e.c.e.w.a.

aku sedih..sedih sangat2..kenapa mende nih jadik kat aku?....kenapa dia pilih orang lain?.....kenapa dia tak pilih aku?......kenapa mesti perempuan itu..kenapa.....kenapa dia buat aku macam ni?.....kenapa dia kiss orang itu..hurmmm..(xde kena mengena dengan mamat klcc yang muka mcam indon tuh) tak dapat dinafikan, perempuan tuh memang comel..mungkin sebab tuh..ye,,mungkin sebab tuh...hampir menitis air mata aku nih..tapi aku tahankan..arghhhhh!! geramnya..

korang nak tengok gamba dia?bukanlah nak malukan ke apa..tak ada niat pon.urmm...tekan sini..hensem kan?aku pernah mention dia kat entry nih.. [klik]..huh..korang tau tak..betapa geramnya aku tengok perempuan tuh...ye..aku tau..laki tuh pon sama je..korang nak tgk video dieorang kiss?tak sanggup sebenarnya aku nak tunjuk..tapi kat sini je tempat yang aku boleh share..harap korang paham..............

||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||


dah tengok?haihhh..nak buat macam mana..redha je lah..


baru2 nih cousin aku ada tag aku kat gamba dia..

dia kata dengan aku, dia nak dating ngan aku 4th december nanti dekat Bukit Bintang atau Pavilion..tapi aku tak sure lagi dapat pergi ke tak...nak dating ngan dia pon nak kena ada syarat2..haih..leceh lah pakwe aku nih...orang famous lah katakan..antara syarat2nya:
klik picture.
mak aihh..semata-mata nak jumpa dia, nak kena beli barang2 sampai beratus..baik tak payah..bukannya aku pakai pon....huaaaa..Kim Hyun Joong!!! kenapa buat aku macam nih!!....

 ehemm..ok sampai sini aje lah..
cool huh?
speechless. haha
selamat tinggal Kim Hyun Joong.. ;p

p/s: aku bukanlah terlalu fanatik+taksub dengan korea ke apa..cuma aku suka tengok dia...eheeee...

Tuesday, November 23, 2010

tuesday blues.

hahaa..ada ke tuesday blues?hurrmmm.. tak kesah lah..pagi tadi aku berazam nak pergi awal ke kelas..cewahhh..ahahaa..selalunya aku pergi lewat sikit, eh tak lahh..bukan lewat, aku datang tepat pada masanya, lecturer je yang selalu datang awal..ehehee..
curik drpd cik google
hari ni, lepas subuh aku siap kan kerja sikit..pastuh aku terus pergi mandi..jadinya aku tak tidur la lepas subuh tadi macam yang selalu2nya..eh, kantoi..ehemmm..then lepas mandi, siap2, agak2 pukul 7:50 gerak ke kelas sebab kelas start pukul 8..ok, lecturer tak sampai lagi! azam tercapai! ahahaa...tapi kan...

tapi...korang tau tak, dalam kelas tadi, aku mengantuk giler teramat..perghh..mata da kelip2 tahan daripada nak tertutup...sangap toksah cakap lah..duhh..terasa lambat la pulak kelas nak habis..lepas habis kelas, ada kelas english pulak..perghh..lagi lah ngantuk tahap gaban..

nasib baik petang tak ada kelas, so aku nak tidur puas2..ehhehee..ngade betul..macam lah tak tidur sebulan kan..ahh..peduli apa aku...

tapi sebelum nak off lappy ni, aku nak show off award yang aku dapat nih..da dapat beberapa hari lalu, sekarang baru nak tunjuk kan..lol.

award kali ni aku dapat daripada cik dayah Heuka..ini awardnya..

sama macam award ke-2, tapi drpd org berbeza. :)
soalan2nya ialah...


1) Berikan nickname untuk saya

saya?untuk aku ke dia?kalau dia..nickname nya dayah lah kan?

2) Ucapan pemberi award

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kesudian diri anda memberikan award ini kepada saya..next time beri lagi ye..hehe

3) 6 fav artis/group yang kowang minat

ermmm...Avril, BEP, Chase Coy, Taylor Swift, Evanescence, Yuna

4) Tag Award Ini Kepada 10 Blogger/Follower...

ok, bila tag2 ni aku blank jap..jap aku pergi godeh2 follower aku..

+ Farah 

tak cukup sepuluh nih..haha..xpelah..dah ngantuk giler..sapa2 nak award nih amek je lah.. :p

Saturday, November 20, 2010

it's TARZAN time bebeyh!

tetiba rasa nak post lagu Tarzan nih..mesti korang pernah dengar kan..so, apa kata dengar lagi..hehe..aku suka lagu nih..muziknya sedap..lirik pon layan jugak lah...ada BM, ada BI..mai2 pilih2..enjoy!




KAU DIHATIKU - Zainal Abidin

Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis

Tubuhmu kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Kau dihatiku
Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya

Kau di hatiku
Walau apa katanya
Oh... kau di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Destinasi tiba kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu (3X)
Di sisimu selamanya






YOU'LL BE IN MY HEART - Phil Collins

Come stop your crying
It will be all right
Just take my hand Hold it tight

I will protect you
from all around you
I will be here
Don't you cry

For one so small,
you seem so strong
My arms will hold you,
keep you safe and warm
This bond between us
Can't be broken
I will be here
Don't you cry

'Cause you'll be in my heart
Yes, you'll be in my heart
From this day on
Now and forever more

You'll be in my heart
No matter what they say
You'll be here in my heart, always

Why can't they understand
the way we feel
They just don't trust
what they can't explain
I know we're different but,
deep inside us
We're not that different at all

And you'll be in my heart
Yes, you'll be in my heart
From this day on
Now and forever more

Don't listen to them
'Cause what do they know
We need each other,
to have, to hold
They'll see in time
I know

When destiny calls you
You must be strong
I may not be with you
But you've got to hold on
They'll see in time
I know
We'll show them together

'Cause you'll be in my heart
Yes, you'll be in my heart
From this day on,
Now and forever more

Oh, you'll be in my heart
No matter what they say
You'll be in my heart, always
Always

bila dengar lagu nih, sebenarnya, rasa nak nangis pon ada..ceyh..jiwang betul..hahaa

Friday, November 19, 2010

alahai budak ini..

helo semua..sihat tak?entry kali ni aku nak cerita pasal the only one anak buah aku..aishh..budak2,biasa lah..nakal betul..

pagi semalam, lepas subuh, aku sambunglah tidur balik...alaahh..cuti..ape salahnya tidur lama2..huhuu..lepas tuh, tengah sedap2 mimpi, aku terdengar bunyik pintu diketuk..aishhh..aku pon dengan malasnya bukak lah pintu dan terus baring balik..sebab aku tau, ni mesti si Kimi anak sedara aku..and dia pon masuklah untuk mengganggu tidurku..huu~ tapi tak berjaya..aku suruh dia cium pipi aku pastuh suruh dia main kat luar dan tutup pintu balik..hehee..bagus budak nih..memang mendengar kata..

tapi, tak berapa lama pastuh..dia datang lagi..
cik Leo , mangun2..
(dia panggil aku dengan panggilan 'cik', sebab aku rasa aku nih muda lagi nak dipanggil untie..haha)
mangun2..sarapan..
mami masak emput2..
berapa banyak kali daa dia suruh aku bangun..dah lah pelat..huhu..buat malu je budak 3 tahun kejut aku..so, aku pon capai lah berus gigi..then, pergi breakfast..huaaa..jemput2 pisang! i like! aku makan sengsorang..yang si budak kecik tuh dah sibuk main dengan kereta dia atas kerusi..

tengah dok sedap aku balun jemput2, tetibe si Kimi ni bising2 sambil lari2 masuk bilik parent dia..then dia keluar dengan torchlight di tangan..apa lagi lah budak ni....ooohhh, rupe2 nya kereta dia jatuh termasuk bawah kerusi..pandai pulak lah dia nih..

then,  ada rancangan dance kat tv..ada satu group tuh buat breakdance..Kimi ni ikut sekali menari..aihh, bahaya betul..tau la kan breakdance macam mana..kepala kat bawah kaki kat atas tuh..ada jugak laa patah riuk kang..

and semalam mummy dia kata nak buat kan cup cake untuk anaknya, tapi dia penat..so, aku pon offer lah diri nak tolong..tolong buatkan cupcake ye..bukan tolong tengok jee.. haaa..baik kan aku..ape..ingat aku tak reti masak ke?hahaa..
mummy nya yang hias...

budak kecik ni suka sangat thomas and friend
L for Leo! hehe
 budak kecik..banyak betul karenahnya..tak larat aku...yelaa..aku kan anak last..mana lah reti dengan perangai kanak2..hik3..

p/s : dua hari ni aku asyik tertidur dengan lappy je.. :p

Wednesday, November 17, 2010

julung-julung kalinya..!

eceyhh..tajuk entry tak leh blah..hahaa..baru2 ni sahabat merangakap ex-school, ex-roomate iaitu cik anis aniesa telah memberi saya award..eh tetiba bersaya-saya pulak..haha..award apa?ni haa, kat bawah ni..

canthek tak?hihii..

tq cik anis aniesa..nak baca blog dia? klik je kat nama dia yang canthek manis tuh..

SELAMAT TINGGAL uia pj HELO kelana jaya.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA semua...korang makan apa hari ni?makan special ke makan nasi bungkus je?? hehee..xpe lahh, nasi bungkus pon boleh buat korang kenyang jugak kan..yg ade buat makanan special tuh, ingat2 lah orang kat sini...ape kata korang hantar kat aku sikit...insyaallah berkat hari korang hari ni..

errmm.. ok..raya kali ni aku tak balik hometown pon..aku beraya di rumah kakak aku yang terletak di Kelana Jaya..alahh, tak jauh mana pon dari UIA...berapa minit je dah sampai..huhuu..aku tak balik JB bukan sebab UIA bg cuti sehari je..kiteorg cuti sampai ahad tau..lama tuu..tapi entah lah, terasa malas nak balik..aku pon asyik dok terfikir kenapa aku berat sangat nak balik JB..selalunya pantang cuti panjang beriya nak balik...jahat ke aku ni?eh eh, mana ada..aku ni anak paling baik di dunia tau..ahahaa..

raya?aku dari kecik terfikir kenapa orang beriya sambut raya aidiladha macam aidilfitri..seronok tuh of course lah seronok..seronok lagi kalau dapat berkumpul ramai2..kalau family aku, selalunya sambut macam adilfitri jugak..malam raya semua kena tolong2 apa2 yang patot..kemas2, masak2 dan seumpanya..hehe..then, pagi tuh kiteorg baca doa, salam2 dan makan2..kemudian yang lelaki pergi solat..gitu lah selalunya..

tapi tahun ni semua tak dapat balik, sebab dieorg keje, dapat cuti sehari je..aku je gatal taknak balik..ehehee..aku dah tak ada feel lah..tak kira lah raya haji ke raya aidilfiri ke (setakat dapat duit je,sape tak suka,hehee)..rasa macam makin suram je setiap tahun..

*copy drpd cik google. senyum selalu.. :)
 **sori ma tak balik..tak pe kan..poskan nasi beriyani udang kat Leo boleh?hihii

Sunday, November 14, 2010

'aku ni nampak je keras, tapi dalam hati ada taman'

'aku ni nampak je keras, tapi dalam hati ada taman'..


bunga2 cinta??
 haaa, korang mesti biasa dengar word tu kan??tak pon korang pon pernah guna word ni..kan3??hahaa..ok.ehem2..aku pon nak buat pengakuan jugak kat sini..ehem2..dalam hati aku pon kadang2 ada taman yang ditumbuhi bunga2..eceyhhh..ayat x boleh blah..hahaa..macam2 taman ada..taman botani, taman bunga, taman hutan..eh?ada ke taman hutan? tibai je laa.. 

ermmm..tapi tapi kan...ermmm, tapi....selalunya, setiap kali ada bunga yang nak tumbuh, aku akan siram bunga2 tuh dengan racun..tak pon aku pijak2 bunga tuh bagi hancur..(ini hanya metafora ye..)..
yeah..pijak2!
 aku taknak bunga2 tuh tumbuh mekar..aku akan gantikan bunga2 tuh dengan batu2 keras...
fokus kepada batu2 je..ehehe..
kenapa? sebab aku taknak hati aku terluka.. aku tak nak hati aku mudah percaya dengan kata2 yang manis bak teh 'o' ais Mak Kiah belakang rumah aku...biar orang kata aku jual mahal, yang penting aku tak di cop murahan..and aku harap gurl2 kat luar sana pon macam tu jugak..please, don't ever let ur heart melted by the fuckingdamn words of a man..
jiwa kacau. :p
:p





THE END.
*maaflah ye, lukisan x berapa canthek.ehehee.

Thursday, November 11, 2010

aku marah ni!

aku tengah marah ni, jangan carik pasal..kang ada yang kena backhand ngan aku nih..
macam ni ke muka aku marah?
aku pantang betul la orang mengata, 'menganjeng', atau memerli hobi atau apa2 mende yang aku dok minat..contohnya salah satu hobi aku yang suka baca komik..sibuk dok kata buang masa lah, bazir duit la..ok..aku tau la,mende tu bazir duit, tapi mende tu boleh kurangkan stress jugak ape..pandai2 aku lah nak bahagi2kan duit aku, mak aku pon tak bising..ko ape tau..aku ni bukan kepala otak belajar je..

and baru2 ni ada orang 'sound' aku, bila aku kata aku nak pergi traning capoeira...dia cakap, 'pergilah, tak balik2 pon tak pe, nanti kat kubur,, malaikat soal macam mana buat ginga(nama asas movement capoeira) '..perghhh..memang bikin hati membara betul..helo,,ko ingat sepanjang hari aku main capoeira je ke?? aku pon solat jugak, belajar jugak..result aku pon ok je (eceyhh, bangga diri pulak) dah tu? ko nak aku dok bilik je??buat ape? tidur je macam ko?

korang tau ape tuh respect?please lah, tolong hormat minat seseorang tuh..korang pon mesti ada minat masing2 kan..so, just give support to each other laa..senang kan? tak susah mana pon..dush..

p/s: don't worry, aku marah dalam hati je, aku takkan sound direct depan muka ko. :))

Tuesday, November 9, 2010

aku jatuh cinta setiap kali melihat kau.

ahad lepas memang sangat2 best and seronok!
aku and member2 capoeira UIA pergi Pantai Bagan Lalang untuk training dan bersuka-ria..ahakz..

laut yang menenangkan..wee~


sampai sana lepak2 jap,then training and roda (plis refer previous entry 'me &capoeirista iium' untuk maksod roda)..tengah hari tu perut masing2 dah lapar..jadik kiteorg pon start BBQ (plan nak buat BBQ malam, tapi takut ayam tak tahan and busuk)..nak start bara api pon dah nak dekat sejam..hahaa..apa lagi nak BBQ ayam an..huhh..berjam..dalam 3:30 pm camtuh baru lah makan2..ayam masin berpasir,memang crunchy nyum2 lah!! lepas tuh pergi solat..lepas tuh semua berehat, tunggu makanan dalam perut masing2 hadam dulu..lepas tuh kteorg start training and roda balik..(dalam hati asyik tunggu je bila nak mandi laut..bukan ape,,time tuh aku dah terdengar-dengar dah laut tuh seru2 nama aku :p )
kiteorg main capoeira sampailah pukul 6..lepas tuh ambik gambar ramai2..

matahari dah nak terbenam :)

laut memanggil-manggil

hurmm,sebelum nak mandi laut tuh..kiteorg beratur melintang menghadap laut..alaa,macam orang nak lumba lari tuh..lepas sorang kira 1,2,3!!,,,,semua lari ke laut..uhhh..lama dah tak mandi laut..masin macam ayam BBQ..hahaa..giler best! matahari time tuh canthek woo..dengan ombaknya lagi...fuhh,memang jatuh cintalah..ohh,berkenaan dengan tajuk entry tuh aku maksudkan pantai and laut lah..hehee..


 mandi sejam je..tapi orang lain dah naik, aku tak naik2 lagi..macam nak tidur je terus dalam laut tuh...eceyhhh..tak de lahh,,, aku taknak mati lagi, tak puas lagi hidup..hehee..lima/sepuluh minit lepas tuh baru aku naik..lepas tuh pergi mandi kat toilet,solat and balik tempat kiteorg lepak tadi..kemas2,bersih2 kan ape yang patut..and lastly,kiteorg pergi makan..bas datang dalam 9:20 pm..bila dah duduk dalam bus, memang aku tidur lah,penat weyh...tapi tidur aku asyik terganggu dengan suara2 sumbang member2 lelaki yang terlebih hyperactive malam tuh..hahaaa..akhirnya lepas 2 jam barulah sampai..

*picture taken from FB yuz daboyz..tq very much! :)

Saturday, November 6, 2010

EBC Capoeira Workshop

hai guys!
korang tau tak?hari ni aku dapat pengalaman baru.
new environment.
new friends.
new movement.
sebab hari ni aku join other capoeira group workshop
which is EBC Capoeira Workshop..
what is super duper special is workshop ni ada Prof. Fantasma from EBC Philippine..
handsome woo! eheee..
workshop ni kena bayar RM35 per person..hurmmm (-,-")
start around 8:30 am at Bangsar..
belajar basic movement...
dalam pukul 10 lebih, kiteorg start roda (sebut hoda)..
memang giler fun lah!
tak caya tengok lah video nih..klik sini - taken from Johan Sopiee Studio page..
tengah hari tu, lepas habis terus balik..
itu je kot hari ni..
macam pelik pulak bila balik bilik awal.. hahaa..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku suka tengok dia tersenyum. Tapi bukan flirting smile.
Aku suka tengok sifat dia yang giler2. Tapi bukan sewel.
Aku suka tengok cara dia yang keanak-anakkan. Tapi bukan manje.
Aku suka tengok dia yang natural. Bukan dibuat-buat.

Hakikatnya, aku cuma tengok dia dari jauh.
Tidak bertegur-sapa mahupun saling tersenyum.
Kerana itu cara aku.

perasaan itu tak dapat dijelaskan dengan sejelas-jelasnya melalui kata2.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


THE END.

skating

hola!
hari ni merupakan cuti sempena deepavali..yelah..aku tau la korang dah tau..saje nak bagitau lagi sekali..
sebab aku nak cerita apa yang aku buat hari ni..hehee..
hari ni aku and membe aku sorang pergi skating kat sunway pyramid..

ramai uhh..

 sebenarnya kiteorg plan nak pergi satu bilik-4 orang..
tapi memandangkan lagi dua orang tuh busy yang teramat dengan assignment..
so dieorg tak dapat ikot lah..
aku relax je..xde assignment..tu yang boleh ronggeng..hahaaa..jangan lah jelez..

ok lah..tadi bertolak dalam pukul 9:20 am..naik bus ke mid valley..
then naek bridge ke seberang jalan..tunggu bus untuk ke sunway..
10:30 am baru bus datang..fuhhh..da la panas..sabar je la kan..
sampai sunway lak dalam pukul 10:40am..
first sekali...perkara yang wajib dibuat ialah ke toilet..
touch-up2 lah..hahaa..perut pon dah lapar..
aku suruh kawan aku yang decide nak makan ape..sebab selalunya aku je yang decide..
well, aku kan membe yang baik..selalu jaga hati dan perasaan orang..eceyhhhh...
tapi dia pon macam susah nak decide kan..last2 kaki kiteorg dah menapak depan mcD..
huhuu..macam biasa..aku order mcChicken..
makan...makan..makan...da nak pukul 12..
perut da kenyang..memang sesuai lah nak skating..ehehe..
kiteorg pon pergi la kaunter..skating+glove..rm62 for 2 person..erkkkk..
kuning untuk aku.

rm8 untuk glove jep..huh..
amek kasut skate lak..then carik tempat duduk..pakai kasut..simpan barang kat locker..
and finally..aku masuk rink..opsss..first2 mesti la pegang tepi dulu..
dah stable baru la ke tengah sikit..best jugak lah..
jatuh tuh toksah cerita lah..memang wajib untuk orang yang first time main..hehee..
nampak panjang lah pulak kaki aku nih. :p
sampai basah seluar aku..huhuu~
dan ada sekali tuh, terjatuh..then lutut terasa sakit..
aku ingat biasa lah kan..sekali tadi baru perasan..
lebam lutut aku..hahaa..

hurmm..kiteorg main sampai pukul 3:30pm..
nak solat zohor..cari punya cari surau tuh..
nasib baik kawan aku pernah pergi sunway..so die ingat laa jugak..
so kiteorg solat dulu kat surau yang kecik (3orang je boleh solat dalam satu masa) tuh..
then, kiteorang pergi tengok jap dance ape entah kat luar sunway..

around 4:20 pm kiteorang amek bus pergi mid valley..
dah alang2 kat mid tuh...jalan2 lah..hehee..
utopia and gempak starz wajib beli...ahaaa~
then, pergi makan kat food court..then solat asar..
6:30 keluar amek bus nak balik UIA..
kebetulan kiteorg keluar je,,bus pon sampai..
fuhh..memang perjalanan kali ni lancar betul..
yee..selalu nya lambat nak mati bus tuh nak datang..huh

lastly 6:45pm da sampai bilik..
sampai2 je terus terbaring baca komik..
lepas tuh solat..mandi..on9..makan maggi..on9..
dan sekarang nak tidur pulak..hehe..selamat malam~

Thursday, November 4, 2010

aku lah superwoman!

geram betul aku pagi tadi..buat bengang je..rase macam nak tumbuk2 pon ade jugak..mane taknye....hurmm..ceritanya mcam nih..pagi tadi sebelum start kelas, tekak terase dahaga..mase tuh,lecture tak masok lagi..keluar lah kejap..bawak rm2 je..pergi kat mesin air..


dengan berbekalkan duit kertas rm2 saje aku pon masukkan dlm mesin tuh..
pilih air..100plus..then,gedebuk!..yeah!!bunyik botol air jatuh..
aku pon hulurkan tgn nak amek air..
eh?xde??eh??aku cuba tundukkan lah muka,nak pastikan ade ke tak botol airnya..
memang xde.....haishh..xpuas hati betul..tapi sebab aku ni penyabar..aku biarkan je lah..hehee..
masuk balik ke kelas..tunggu lecture dtg...bukak buku kejap..
hurmm..tak sampai seminit da bosan..tutup buku lah..
5minit..10minit..15minit...20minit...
ok kelas xde lah tuh..hahaa..
jadik keluar kelas tuh aku pergi kat mesin air tuh balik..
nak try lagi sekali lah nih..dengan harapan air aku yg tadi keluar jugak..
masuk kan duit..pilih air..then, gedebuk..bunyik botol air tuh jatoh..
korang tau tak?? 
air nya takde!!ntah tersekat ke ape..aku pon xtau..
ceyt!!telan duit aku..haram tau tak!grrrrr...

then aku teringat dalam cerita 'playful kiss' yg aku dok follow sekarang nih....


ehemm...heronya bf aku tau...

aku pon buat la macam Ha Ni tuh.. 
ketuk2..amek jarak..and..........tendang!!!!
phewhhh!!
nak tau ape jadik??hurmmmm...



tak jadik ape pon..sebab aku tipu jek..gile ke?takkan aku nak buat cam tuh..dah lah pakai baju kurung..kang koyak lak baju cotton aku yg lawa ni...nanti semua takot nak ngorat aku..heheee

Monday, November 1, 2010

hujung minggu.

well, hello semua.. :)
hujung minggu aku kali ni agak terisi dengan perkara berfaedah..
cehh..yeke berfaedah?hahaa..
yup2..slalunya aku pergi hangout entah ke mana an..
tapi..hari sabtu yg baru lepas aku habiskan masa dgn training capoeira..
what??capoeira lagi?? yelahhh..buat masa ni capoeira berada di hatiku..ahakzz..
selalunya kiteorg training selasa mlm and setiap petang kat dlm kampus jep..
tapi kali ni aku training kat studio IMAC kat Damansara..
first2 perkara wajib yg perlu dilakukan ialah?? warm-up!
then buat workout...
then buat handstand...kuatkan tangan ni haaa..hish..lembik betul..
ermm...lagi..belajar main instrument..setakat ni aku boleh lah main 2 3 instrument...
then lastly main roda..aku pernah bagitau maksod roda kat entry yg lepas..
so kalau rajin boleh lah tgk video nya..(itu bukan FB aku ye..heheee..)

ye..aku tau la movement aku tak canthek lagi..xpe2..nnt aku improve kan,korang tgk ah...huhuu~
ok..lepas tu,kiteorg pergi sebarkan flyer pasal studio nih..
then balik studio balik..lepak2..mandi2..perut masing2 da lapar pulak..erkkk..
kiteorg decide pergi Curve..jln kaki..dekat jep..dlm pukul 2 lebih kiteorg pon pergi lah sana..
mkn KFC kat Tesco jap..sorang dua ketul..tp mcm x cukup je..
helooo..bukan sbb aku kuat mkn ok..tp ayam tu yg kecik tau..
tapi tak pe lah..asal kan mkn ye tak..hehee..
then lepas mkn kiteorg mulakan perbincangan...
meeting nak buat aktiviti apa lepas tuh...huhuuu..
ade nak karaoke..ade nak bowling..ade nak tgk movie..
hurmm..movie da out lah..yelahh..tak seronok ah..
tak kan dlm movie tuh kiteorg satu baris nak bising2 borak2 an...org nak kecoh2, baru seronok..
karaoke lak..aku x minat..jadik sbb aku yg cun ni tak nak karaoke..
dieorg ramai2 decide main bowling...pergghhh..baik tak baik lah kan...
eceyhhh..perasan giler...xde lah..mmg ramai pon xnak karaoke...
jadik kiteorg pon masok balik Curve,,naik sampai tingkat atas..
pergi kaunter..daftar,,then amek kasot...size 4 untuk aku..hehee..
carik bola lak..bola 8..bola 8..hish xde lah pulak..bola 10??hurmmm..guna je laa..
memandangkan 12 org yg main..so kiteorg guna dua lane..
instructor kiteorg..Abg Fizi paling tinggi markah..fuhh..aku lak yg ke-6 kot..
main punyer main punyer main...dah pukul 7..
then cepat2 kiteorg balik studio..xsempat solat maghrib lak kang..
sampai2 je studio dah nak dekat pukul 8..lepas solat kiteorg duduk2 rehat jap..
bayar duit bowling and KFC tadi kepada mereka yg mengeluarkan duit..hehee..
tengah lepak2 and main2 dgn yg lain..aku tgk yg tukang kutip duit nih tak setel2 lagi..
ye ah..mase makan KFC duit org lain..bowling duit 2 3 org lain lak..
haishh..apa yg susahnya nak bahagi kan duit, aku pon tak paham..
hahaaa..akhirnya dalam pukul 9 mlm kiteorg balik ke UIA..

hurmmm..aku sebenarnya rasa bersalah sebab tak keluar dgn akak aku hari sabtu lepas..dah lama kiteorg x keluar..yelah..slalunya setiap kali hujung minggu mesti die akan bawak aku keluar..belanje aku..tgk movie,makan,bowling...tp since aku join capoeira nih mcm tak menyempat pulak nak keluar dgn dia..so,,I'M SO SORRY SIS..ceyhh..macam lah dia baca bolg aku ni an...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok,.ni nak cerita hari ahad lak..ahad x keluar pon..
penat lah katakan..lepas subuh je aku terus tidur balik..
nak dekat pukul 11 baru bangun..
xpelah anak dara sekali sekale nak bangun lambat an..
bukan nya kena masak pon..duduk hostel je..
bangun2 tekak terasa nak pekena Starbuck..
aiseyyman..tekak ni, demand betul lah..
xpe2..sabar dulu..pergi mandi dulu..
dah tengah hari..perut dah bergendang...turun jap pergi cafe bawah beli makan..
bau dari bilik macam ada nasi ayam..sekali da habis pulak..aduhhh..
nasib baik ayam ada lagi..kalau tak,mkn maggi je lah jawabnya..hahaaa..
then, lepas mkn on9, solat, on9, baca komik, on9,solat, on9..
yee..on9 adalah aktiviti yg memenuhi masa aku..
lepas asar aku ajak roomate aku pergi Jaya One..kenape?nk pergi Starbuck ler..
dekat je dgn hostel pon..sampai sana aku ajak dia pergi Cold Storage dulu..
beli sushi..hehee..then pergi Wendy's lak..teringin nak mkn 'Freshly Baked Potatoes'- Cheese&Cheese..uhuuuu~
and lastly baru pergi Starbuck..caramel cream base (sebenarnya nak mocha,salah mintak daa) untuk aku and dark mocha untuk kawan aku..
hari ini nafsu makan aku mahal2 betul..mana tak habis duit an..lalalaalaaaa~