YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Monday, October 22, 2012

wahai hati

Tau tak perasaan,bila kau dah kata pada diri kau yg kau nekad taknak suka pada seseorang tu lagi. Tapi bila satu hari kau bertembung dengan dia, bertentang mata, jantung kau macam direntap dan tiba2 terasa mata sedikit berair. Padahal dia tak pernah ada apa2 kaitan langsung dengan kau. Haihhh, tak paham aku.

Thursday, October 4, 2012

penakut

Dulu kecik-kecik aku jenis yang berani. Berani bertanya. Berani bercakap dengan lantang. Berani buat apa2 yang aku suka. Entah kenapa semakin dewasa, makin penakut jadinya. Hendak jaga hati orang sekeling atau apa entah. Atau mungkin semasa umur meningkat aku diomong dengan kata larangan, "Jangan buat macam tu..." "Jangan macam ni...". Atau sebenarnya aku sendiri yang takut disalah erti, takut dengan cacian orang dan terlalu fikirkan apa yang orang katakan. Sehingga aku memilih untuk berdiam diri. Kadang aku berkata sendiri, "Bodohnya kau, kata sajalah apa yang kau mahu, buat sajalah apa yang suka, selagi tak mengganggu orang lain, jangan fikir apa orang kata". Dan aku mula bersemangat kembali. Tapi untuk seketika sahaja kerana akhirnya aku tewas sendiri.