YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Saturday, August 13, 2011

ini entry khas untuk kawan aku. jenggeliut.



Aku jarang cerita personally pasal kawan2 aku dalam blog aku. Ini khas untuk kau. Aku bagi nama dia jenggeliut. Sedap kan? Hohoho. Tapi nama betul dia lain. Dia antara kawan lelaki yang paling rapat dengan aku since form 5. Masa tu sem kedua, kena duduk dalam kumpulan. Alaa, macam masa darjah 1 dulu. Duduk kumpulan2. Kumpulan aku ada 5 orang dan kiteorang memang rapat sejak duduk dalam kumplan tu. Kira ada chemistry la. Chewahhh.

Selalunya, selain daripada bestfriend perempuan aku, dia antara kawan lelaki yang aku boleh layan borak panjang. Well, aku ni jenis yang tak banyak cakap. Sebab tu la aku tak suka bergayut. Selalu aku call untuk cakap perkara2 penting je. Tapi dengan dia aku ok pulak. Boleh pulak borak macam2. Ececeyhh, terharu tak jenggeliut? :D

Dua hari lepas masa aku bukak Facebook, aku usha page dia. Aku agak terperanjat bila aku tengok ada dua post cakap takziah kat dia, sebab dia tak ada pulak bagitau aku apa2. So, aku cepat2 cari handphone aku. And then baru aku teringat handphone aku tertinggal kat bilik member aku. Lepas tu aku pergi lah turun bilik member aku, borak2 kejap. (Ceyhh, sempat lagi nak borak2 kan.) Masa tu dah tengah malam, aku mesej dia, tanya dia dah tidur ke belum. But no response.

Esok malamnya, masa aku training capoeira dekat studio luar, aku dapat mesej dia. Lepas habis training aku terus call dia. Borak2 biasa jap, then aku tanya, "Jenggeliut (bukan nama sebenar, lol), kau ada nak cerita apa2 tak dekat aku?". So, dia pon bagitau yang dua hari lepas ayah dia baru meninggal dan dia mintak maaf sebab tak bagitau aku sebab dia serabut sikit. Tapi aku tak kesah, aku paham. Lepas tu, kiteorang borak2 lagi, tapi tak lama, sebab aku ada meeting dengan member capoeira. Lastly, ini untuk kau jenggeliut.

Dear Jenggeliut,
First of all, sori sebab masa aku call kau, aku tak berapa nak tumpu sangat dengan kau atas sebab ramai orang disekililing aku yang membuat bising yang mengatakan aku tengah borak dengan balak aku -.-" . Lastly (eh dah last?haha), kuatkan hati, jaga mak kau elok2. Jangan buat mak kau sedih okay. Lol, aku tak reti lah nak nasihat/motivate orang. Sori lah ye. Kalau kau rasa entry ni mengganggu kau, sila bagitau cepat2. Nanti aku padam.

Untuk kau dan kawan2 aku yang lain, korang tau kan korang boleh cari aku bila2 je. Walaupon masa tu dah tengah malam dan aku tengah tidur. Aku tak kesah. Tapi jangan lah, aku cakap macam ni, korang call aku semata-mata nak kacau aku. Kang aku pelangkung sorang2. Haha. Okay dah. Itu saja.