YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Tuesday, January 18, 2011

ini 'perbincangan' serius !

*sila buat muka serius + muka ketat + dahi berkerut-kerut + apa2 je lah yang sewaktu dengan nya....sebab entry kali nih aku nak cerita kat korang mengenai 'perbincangan' yang aku dan member2 aku tengah hangat 'bincang'kan petang tadi....ceritanya bermula pada petang tadi selepas kiteorang balik daripada kelas math, tanpa membuang masa terus menuju ke cafe untuk memnuhi perut masing2 yang sedang berkeroncong....

bila masing2 dah beli makanan and duduk beramai-ramai...ehemmm, mestilah borak2 kan...borak pasal itu dan ini....tetiba kan...terkeluar lah satu nama yang tak asing lagi di kalangan kiteorang...ok kita gantikan nama dia sebagai Z...selalunya, setiap kali berkumpul memang nama dia akan naiklah...kenapa Z ni famous dikalangan kiteorang?

sebabnya dia lah orang yang suka pinjam duit orang tak pulang2kan sampai sekarang, dialah yang pinjam barang2 orang dan pakai berulang-kali macam barang tuh hak milik dia, dialah orang yang sibuk mencanang-canang yang kebanyakan laki minat kat dia padahal takpon, dialah orang yang kononnya bersopan-santun semata-mata nak berbaik dengan orang lain dan mengambil kesmpatan ke atas orang tersebut dan macam2 lah......tak larat aku nak type banyak2.....

bilik dia nih tak adalah jauh sangat dengan bilik aku...adalah selang beberapa bilik...kalau dia nak pergi toilet tuh memang lalu lah depan bilik aku...kadang2 ada jugak dia datang bilik aku...nak pinjam itu..nak pinjam ini....tapi kalau nak pinjam something, selalunya dia pinjam dengan roomate aku yang lain...maybe dia takut nak pinjam dengan aku, sebab setiap kali dia masuk bilik aku, muka aku terus berubah jadik ketat....har3...mana boleh buat main orang macam nih....aku tak kesah je kalau orang nak pinjam barang aku....asalkan pulang balik ah....ni kalau sampai dia dah buat harta sendirik, jangan harap lah aku nak buat muka manis dengan dia kan.....

and roomate2 aku selalulah merungut pasal Z tak pulang2kan barang dieorang...dieorang dah banyak kali mintak balik, tapi tak jugak pulangkan...aku yang mendengarnya nih pulak yang panas...so, ada beberapa kali dah aku pergi bilik dia nak tolong  mintakkanlah barang2 dieorang..(aku kan baik)...tapi setiap kali aku datang bilik, setiap kali tuh jugak lah dia tak ada...macam tau2 je dia aku nak datang kan....

apa yang buat aku terkejut masa 'perbincangan' petang tadi ialah ada member aku bagitahu, Z ni ada pinjam duit kawan kepada kawan aku nih sampai RM 200+....mak oihhh...gila ko pergi bagi pinjam duit banyak macam tuh...itu malas lah aku nak cakap...mungkin hati dia terlebih baik kott...masalahnya, Z ni tak ada lah miskin papa kedana sangat....lagipon apa yang dia buat sampai banyak macam tuh aku pon tak ada idea...dah tuh, dah pinjam tak reti2 nak pulangkan...

itu baru bab pinjam..belum masuk bab keperasanan diri + lain2 yang aku sebutkan kat atas tadi...kalau korang baca kat entry nih...aku ada cerita pasal si C...si C itu ialah orang yang sama dengan Z...aku tak taulah apa masalah orang macam nih...reti pinjam, retilah pulangkan balik...especially duit tuh...ko ingat ko sorang je ke nak guna duit...kalau singgit dua ringgit tak apa jugak....aku rasa macam nak 'tarik' je Z ni and sound habis-habisan....grrrrrr......

2 comments:

Raji and Yeen said...

hahaha
apa lah member kau tuh..
bila terbaca entry ni bru ak teringt nk pulangkan headphone kwn jiran aku ni =.="

Yellow LEOpard said...

Raji : baik ko pegi pulangkan..ntah2, kwn jiran ko ade buat entry tak puas ati pasal ko mcm yg aku wat ni gak..hua3