YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Thursday, March 17, 2011

oh mama.

Oh, seronok sungguh berada di rumah sendiri. Huk3. Tapi kadang2, ada perkara yang tak sedap berlaku. Haihhh. Apa yang tak sedap sangat berlaku ni Leo haa?? Ok2, bacalah.

Beberapa hari lepas, tengah dok syiok aku buat beberapa aksi capoeira sambil bercerita pasal capoeira dengan mak aku, tetiba mak aku mengeluarkan kata2 yang agak menusuk kalbuku.

Capoeira tu ada voodoo lah Leo.

Eh, apa pulak mama ni. Mana ada. Mama tau tak, capoeira ada unsur2 Islam gak? (aku dapat maklumat ni daripada workshop yang aku pergi hari tu)

Yela, capoeira tu dari Brasil kan. Orang tu saja je nak ambil hati awak kata capoeira ni ada unsur Islam

Aku terdiam. Terus masuk bilik. Aku bukan taknak betah balik kata2 mak aku. Tapi tiba2 aku rasa macam terkilan sangat bila mak aku cakap macam tuh. Bila orang lain 'cakap2' pasal capoeira tak bagus, capoeira itu ini, paling koman pun aku cuma nyirap dalam hati je. Bengang lah weyh, benda yang kita minat, orang lain dok kutuk2, dok banding2 dengan martial art lain.

Dan bila mak aku sendiri, orang yang aku selalu share cerita2 pasal capoeira(aku bukan jenis suka bercerita dekat semua orang) cakap macam tu, cara dia cakap macam nak suruh aku stop capoeira, gila sedih lah kan. Perghh, air mata yang jarang2 tumpah ni, tetiba menangis dowh! Ya, aku tau ni perkara kecil je, tapi aku pun tak tau kenapa aku nak menangis bagai. Haishh, tak 'macho' langsungkan! Hahaha, ok. Aku perempuan. Perempuan kan ada masa terlebih emosional sikit kan. Hehe.
google.
Semalam pulak, tengah duduk rileks minum petang menambahkan berat badan (sejak cuti sem, dalam dua minggu ni, berat aku naik 2kg! Giler lah kan!), mak aku tanya :

Leo, awak tak buat excercise capoeira tu ke? Nanti keras pulak badan tu.

Tak, tak semangat dah. Nak stop. (Sambil suap roti naik dalam mulut)

Bhahahaaa. Saja je cakap macam tu. Konon nak merajuklah, tapi mak aku tak layan pun. Ceyhh. Lagipun, tak kan lah sebab kata2 mak aku, aku nak terus berhenti capoeira, ye dok? ngehehe.

15 comments:

Raji and Yeen said...

hohoho btol2
xsalah pun wat capoera even memang capoera tu dibuat ad unsur2 agama ;D
as long as kita ber capoera utk sihat and mempertahankan diri ;D

cik ungu said...

capoiera cuma seni mpertahankan diri dlm bntuk tarian kan.


kalau ade voodoo ke kejadah ntah,
asalkan niat hati tak melencong, anggap je lah tu satu bentuk self defense / menyehatkan badan.
takde salahnye pun.


sebab tu kau kurus kan..?


eleh...

Yellow LEOpard said...

Raji : ye! 10 markah untu anda!

cik ungu : tu lah kan..at th end, it't just martial art..ehemm, mane ade kurus...haha

Sca Ndx said...

er ada vodoo ke?

tapi capoeira cool lah
lagi2 awek lak yang capoeira
fuhhh

Shee_Q said...

hahhaa... kesian kau.. takpe, akak pun pernah kena macam tu juga..

ada ke patut abg akak suruh masuk silat macam dia? dia kata pompuan tak sesuai masuk capoeira..macam monyet pun ada. huuuu. sedih!

takpe, as long kita minat benda tu, w move on je buat benda yang kita minat ok. enjoy!

Frodo Baggins said...

budak indon yg kenalkan aku capoeira nih ... hahahha ada voodo ke? cakap2 dr peminat poco2 kot keh3x

Farhan Zulhusmi said...

ala...sianya dy.........jgn lah sedih...dia just memberitahu apa yg dia tahu...itu je......ok...smile lah

± said...

nampak cam mak kau takde la cam tak kasi chance langsung ko nak capoeira

bg aku, kalau circle yg kau join tu clean, teruskan je. maybe yg genuine di brasil sana ada unsur2 voodoo tu. aku lebih suka siasat sendiri dr dgr ckp2 org

Unknown said...

capoeira tu jarang di dgr la seni mempertahankan diri kan? mcm karate dgn taek kwn do ker?

Anonymous said...

huyohh cuti sem ape ni?

Unknown said...

wahhh..nanti ajar apik yer..nk belajar gak..

Yellow LEOpard said...

Sca Ndx: kira aku ni cool lah kan..haha..joking.

rasyiqah.razali : haha, my mum pon suruh masuk silat je..betul tu..enjoy.. :)

Frodo Baggins : ada area2 kat indon, femes gak capo ni.. poco2 eh..huhu...aku pon hebat poco2 ah..lol

Farhan Zulhusmi : masalahnya, itu bukan fakta lah..haiss..tp takpe..aku ok je.. :p

Dark Half : well, dia xde lah tak bagi chance..tp dia tak menggalakkan aku join..takde lah, mmg xde voodoo..

NICK IRFAN : yup..martial art..lainlah..hohoho..search youtube lah..

i am S!L4H : err, cuti sem apa? cuti sem lah...huhuh

apik pehe : boleh2..no hal.. :)

M.Farid Lee said...

capoera tu bukan tarian..heheh...
xpe..biasa la tu..adat isitiadat la org yg lebih tua berfikiran mcm tu sbb dorang kurang pendedahan dlm bab2 tu..tak pun dorang dngar ceritera dari org2 yg konservatif..haha..

xpe...papepon yg penting niat..capoera kan cabang ilmu gak tu..haha

RETROSZ Girl said...
This comment has been removed by the author.
RETROSZ Girl said...

ala..lain org lain perspektif.. pape jela..yg penting cinta kite thadap capo never ending ok.. ye dok.? hehe keep it up leo!