YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Wednesday, May 18, 2011

Puteri Harbour dan kejutan.


Puteri Harbour.
Jumaat lepas salah seorang kawan aku mesej aku. Dia ajak aku pergi Puteri Habour hari Ahadnya.  Aku pon excited lah nak pergi, memandangkan aku dah lama nak pergi sana. Nak drive sendiri, aku mana ada lesen. So, tunggu orang bawakkan lah. Kira aku ni macam bos boleh jugak. Untuk sesiapa yang tak tau, Puteri Harbour tu dekat Nusajaya, Johor. Ni kalau orang Joho tak tau, aku pun tak tau lah nak cakap apa. Baik kau pindah Kelantan je. Hahaha.

Btw, aku ada jugak mesej tanya dia, tak ajak member2 kiteorang yang lain ke. Pergi ramai-ramai baru seronok. Then dia cakap, yang lain semua susah nak keluar hari Ahad. Fine lah. Jadi yang perginya aku dengan dua orang kawan aku je. Kawan aku drive sampai sana, nak kata jauh tu tak ada lah jauh sangat, nak kata dekat pun taka da lah dekat sangat. Eh, ayat putar belit pulak. Lol.

Dah sampai sana, dah parking kereta, kiteorang pon jalan nak usha2 keliling Puteri Harbour tuh. Masa tengah jalan-jalan, ada bangunan yang sedang dalam pembangunan dan kawan aku tanya kat aku :

Leo, kau kan nak jadi arkitek, tu bangunan apa eh?

(Tengok bangunan yang sedang dibina tu sambil tergelak)

Apa punya soalan kau ni, mana lah aku tau bangunan tu untuk apa, belum siap pun lagi. Haahaha.

Sambil gelakkan dia sambil jalan sambil tengok bangunan tu sambil tengok muka kawan aku sambil gelakkan dia lagi. Berapa banyak sambil daa. Tiba kat satu tempat ni, ada beberapa orang tengah lepak-lepak santai. Ada seorang tu tengah tengok aku sambil muka ala-ala blur. Aikk, macam kenal je. Aku ingat aku salah orang, tapi memang betul lah kawan aku tu. Tetiba semua bising-bising, lepas tuh nyanyi lagu Happy Birthday sambil tembak air guna pistol air. Ciss, dieorang buat surprise rupanya. Fine2. Howcome aku tak perasan dieorang. Padahal dieorang bukan lepak tempat tersembunyi pon. Tapi, tapi, tak apalah. 

I got elmo cupcake! :)
Terima kasih  sebab buat surprise untuk aku.  Hehee. Lepak sekejap je kat Puteri Harbour tu sebab kawan aku dah lapar. Aku dibuli, dieorang pergi ikat belon Elmo kat tangan aku, dieorang kata jangan bukak tali tuh. Pergi mana-mana pon jangan bukak. Takpe2, aku kan sporting(?). Memula plan nak pergi Jusco Bukit Indah, tapi tengok tempat nak park kereta sangat-sangat full, jadi dieorang decide pergi mamak je. Phewhhh, nasib baik tak jadik pergi Jusco. Kalau tak, malu jugak jalan-jalan kat situ dengan belon diikat kat tangan. Macam kanak-kanak ribena pulak.

elmo balloon. :)
 Apa-apa pon, Ahad lepas sangat-sangat seronok. Dah lama kiteorang tak lepak kumpul sama ramai-ramai. Thanks a lot guys. Hug. :)



8 comments:

Yu. Chekgu LK said...

electrocute minat elmo ka.. apa pun, epy belated bufday.. ceria2 sll ^^

Sca Ndx said...

ala comeyyy nye :)

chittysarah said...

waa~~nak skit cupcake leh leo??
aanyway happy birthday~~

ENCIK TIKUS said...

bkan semua orang dapat surprise tahu ? kau patut bersyukur... bersyukur wahai teman yang ohsemmm....

Unknown said...

hehehe..aper kaitan leo dengan elmo?

A retarded kitty said...

pergh! dapat cupcake dengan gambar elmo sekali.

p/s: dah lama xdtg sini

Aleen Aiden said...

holamak...gile suweet!!!hepi belated beday..heh~

Raji and Yeen said...

woahhh Happy birthday Leo~~
hahahaha best btol suprised party ^^