YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Wednesday, May 11, 2011

mersing

Ahad lepas aku pergi Mersing. Tujuannya nak ambik sijil SPM. Sijil SPM yang original ok. Bukan yang baru keluar baru-baru ni. Dari JB ke Mersing naik bas ada lah dalam dua jam. Tapi kalau bas tu selamba rilek je bawak laju dengan jalan yang simpang siur (siapa tau Jalan Jemaluang tu tau lah jalannya camna) dalam 1 jam setengah dah sampai.

Sampai-sampai je kat bandar, ternampak KFC yang semakin besar daripada dulu kala. Hahaha. "Mersing sekarang dah maju!", tu lah ayat kiteorang. Mersing dulu paling canggih ada KFC je, sekarang dah ada Marrybrown (walaupun aku tak pernah makan marrybrown..noob giler). Ada Al-Ikhsan lagi. Ceyhh, promote Mersing pulak.

Mulanya plan nak tidur dekat maktab je, tapi tak jadi. Plan last minute tidur hotel bajet. Not bad lah, tak ada lah buruk sangat, dekat jugak dengan bandar. Siap ada wifi lagi. Nasib baik ada bilik kosong kan. Kalau tak merempat bawah jambatan je la nampaknya. Hahaa. Malam tu, lepas makan, jalan-jalan kejap 'bandar' Mersing, usha-usha apa yang baru. Tak ada apa pon yang nak dibuat kat Mersing tuh. Dah penat jalan (dah lah musim panas, malam-malam pon panas!) semua pakat balik bilik. Konon nak lepak mamak lepas tuh, tapi bila dah masuk bilik yang berair-cond tuh, memang tak keluar lah kan. And then, bila dah jumpa member2 mesti lah borak tak sudah. Macam-macam cerita ada.

Esoknya, hari Isnin, lepas tunggu semua orang siap-siap, baru pergi breakfast and straight away pergi maktab.         Pergi ambik sijil dan wajiblah jumpa cikgu-cikgu kan. Ramai lah pulak cikgu yang dah pindah. Cikgu yang jaga batch kiteorang pon dah pindah. Petangnya lepak kat surau. Ceyhh, lepak kat surau tuu! Padahal masing-masing tidur. Aku balik petang tu jugak. Ada jugaklah yang nak stay nak lepak Air Papan. Tak tau lah jadik ke tak. Bila lepak sekolah lama ni, jumpa kawan2 lama, mestilah teringat kenangan lama. Haiyaaa, tu yang aku malas tuhh. Ahhh, lantak lah labuu.

Tak ada gambar pulak. Gambar semua pada kawan aku. :p

--------nak main tumblr lah pulak. hik3------

2 comments:

dayah SnoW Heuka said...

kota tinggi pon da maju jua.. siap ada secret recipe g haiiyo0oo :P

zoul yazix said...

oh MRSM Muar.

Gua waktu muda muda dulu Beseri.