Oh, seronok sungguh berada di rumah sendiri. Huk3. Tapi kadang2, ada perkara yang tak sedap berlaku. Haihhh. Apa yang tak sedap sangat berlaku ni Leo haa?? Ok2, bacalah.
Beberapa hari lepas, tengah dok syiok aku buat beberapa aksi capoeira sambil bercerita pasal capoeira dengan mak aku, tetiba mak aku mengeluarkan kata2 yang agak menusuk kalbuku.
Capoeira tu ada voodoo lah Leo.
Eh, apa pulak mama ni. Mana ada. Mama tau tak, capoeira ada unsur2 Islam gak? (aku dapat maklumat ni daripada workshop yang aku pergi hari tu)
Yela, capoeira tu dari Brasil kan. Orang tu saja je nak ambil hati awak kata capoeira ni ada unsur Islam
Aku terdiam. Terus masuk bilik. Aku bukan taknak betah balik kata2 mak aku. Tapi tiba2 aku rasa macam terkilan sangat bila mak aku cakap macam tuh. Bila orang lain 'cakap2' pasal capoeira tak bagus, capoeira itu ini, paling koman pun aku cuma nyirap dalam hati je. Bengang lah weyh, benda yang kita minat, orang lain dok kutuk2, dok banding2 dengan martial art lain.
Dan bila mak aku sendiri, orang yang aku selalu share cerita2 pasal capoeira(aku bukan jenis suka bercerita dekat semua orang) cakap macam tu, cara dia cakap macam nak suruh aku stop capoeira, gila sedih lah kan. Perghh, air mata yang jarang2 tumpah ni, tetiba menangis dowh! Ya, aku tau ni perkara kecil je, tapi aku pun tak tau kenapa aku nak menangis bagai. Haishh, tak 'macho' langsungkan! Hahaha, ok. Aku perempuan. Perempuan kan ada masa terlebih emosional sikit kan. Hehe.
 |
google. |
Semalam pulak, tengah duduk rileks minum petang menambahkan berat badan (sejak cuti sem, dalam dua minggu ni, berat aku naik 2kg! Giler lah kan!), mak aku tanya :
Leo, awak tak buat excercise capoeira tu ke? Nanti keras pulak badan tu.
Tak, tak semangat dah. Nak stop. (Sambil suap roti naik dalam mulut)
Bhahahaaa. Saja je cakap macam tu. Konon nak merajuklah, tapi mak aku tak layan pun. Ceyhh. Lagipun, tak kan lah sebab kata2 mak aku, aku nak terus berhenti capoeira, ye dok? ngehehe.