YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Saturday, January 19, 2013

Amarah itu aku simpan atas dasar hormat.

Kau tak ada waktu aku membesar. Jadi kau tak layak mempertikaikan cara aku dibesarkan. Jangan samakan aku dengan kau. Kita berbeza. Zaman kau dan zaman aku jauh ketara. Seboleh mungkin aku mahu mengelak bertemu dengan kau. Beri pelbagai alasan agar kita tidak berjumpa. Tapi apakan daya, darah dalam badan kita tidak mungkin berubah.

Tidak. Bukan aku merajuk. Cumanya aku sedang mengelak supaya perkara sama tidak akan berulang lagi. Sakit tahu? Menahan perasan. Perasaan amarah. Mana mungkin aku lepaskannya pada kau. Nanti dikatakan kurang ajar. Yang disalahkannya pula, mak aku, yang tak pandai ajar aku. Cuma kau saja yang boleh lepaskan geram sesuka hati. Aku di sini cuma mampu diam dan tersenyum.

p/s: cuma luahan rasa yang dah lama aku pendam. Not a good start for 2013 isn't it?

1 comment:

hanaahmad said...

muka perlukan suasana nyaman dan kopi secawan untuk meredakan apa yang dingin?