YellowLeopard.
Thursday, October 4, 2012
penakut
Dulu kecik-kecik aku jenis yang berani. Berani bertanya. Berani bercakap dengan lantang. Berani buat apa2 yang aku suka. Entah kenapa semakin dewasa, makin penakut jadinya.
Hendak jaga hati orang sekeling atau apa entah. Atau mungkin semasa umur meningkat aku diomong
dengan kata larangan, "Jangan buat macam tu..." "Jangan macam ni...".
Atau sebenarnya aku sendiri yang takut disalah erti, takut dengan cacian
orang dan terlalu fikirkan apa yang orang katakan. Sehingga aku memilih
untuk berdiam diri. Kadang aku berkata sendiri, "Bodohnya kau, kata
sajalah apa yang kau mahu, buat sajalah apa yang suka, selagi tak
mengganggu orang lain, jangan fikir apa orang kata". Dan aku mula
bersemangat kembali. Tapi untuk seketika sahaja kerana akhirnya aku
tewas sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aku rasa, aku pun begitu. takut segala. sentiasa memikirkan hati orang lain sedangkan hati sendiri pun tak berjaga.
Post a Comment