YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Monday, October 22, 2012

wahai hati

Tau tak perasaan,bila kau dah kata pada diri kau yg kau nekad taknak suka pada seseorang tu lagi. Tapi bila satu hari kau bertembung dengan dia, bertentang mata, jantung kau macam direntap dan tiba2 terasa mata sedikit berair. Padahal dia tak pernah ada apa2 kaitan langsung dengan kau. Haihhh, tak paham aku.

Thursday, October 4, 2012

penakut

Dulu kecik-kecik aku jenis yang berani. Berani bertanya. Berani bercakap dengan lantang. Berani buat apa2 yang aku suka. Entah kenapa semakin dewasa, makin penakut jadinya. Hendak jaga hati orang sekeling atau apa entah. Atau mungkin semasa umur meningkat aku diomong dengan kata larangan, "Jangan buat macam tu..." "Jangan macam ni...". Atau sebenarnya aku sendiri yang takut disalah erti, takut dengan cacian orang dan terlalu fikirkan apa yang orang katakan. Sehingga aku memilih untuk berdiam diri. Kadang aku berkata sendiri, "Bodohnya kau, kata sajalah apa yang kau mahu, buat sajalah apa yang suka, selagi tak mengganggu orang lain, jangan fikir apa orang kata". Dan aku mula bersemangat kembali. Tapi untuk seketika sahaja kerana akhirnya aku tewas sendiri.

Monday, July 30, 2012

dunia baru

So, september ni akan jadi satu permulaan untuk episod yang baru dalam kamus hidup aku. Harap-harap aku boleh survive sebagai student architecture. Sebenarnya, aku tak berapa yakin dengan diri aku sebab aku tengok rata-rata yang dapat course architecture semua hebak-hebak belaka. hmmm. Cuak jugak. Don't worry Leo, kau boleh punya. *sedapkan hati*

Wednesday, December 7, 2011

50/50


Hello. Hai. Okay lama tak update. Well, siapa yang peduli pon kan blog aku ni ada cerita baru ke tak. Oh entry lepas tu, nama panggilan dia Jeng. Aku saja je letak jenggeliut, nampak comel sikit. Erkk -.- Okay, memang tak comel.


Ciss, tertekan enter pulak. Aku baru tau, setting yang baru ni, bila tekan enter je terus publish. Pffttt, desa betul. BTW, baru2 ni aku banyak tengok movie. Orang cuti 3 bulan kan, banyak lah masa terluangnya. Kalau dah start sem, tak ada masa nak keluar. Ceyhh, bajet macam assignment bertimbun-timbun lah kan. Ok, dah melalut. Aku sebenarnya nak cerita yang aku tengok movie tajuk 50/50. Cerita mengenai orang yang dapat cancer dan macam mana dia hadapi berita tersebut.. Eh, aku bukan nak buat review cerita ni. Buat rosak cerita je kang kalau aku buat review.


Aku cuma terfikir, kenapa ada certain movie yang aku rasa jalan cerita sangat bagus dan ada bagi kesedaran  kurang promotion. Aku tak tau lah, mungkin ada kot promotion nya, cuma aku je yang tak nampak ke apa. Hehee. Macam sebelum ni pon, ada satu filem tajuk Warrior. Warrior cerita pasal kick-boxing dan konflik antara abang-adik-ayah. Masa mula2 nak tengok movie, aku main pilih je movie Warrior ni. Ingat cerita ni ganas2, last2 boleh bagi nangis pulak. Eh, tipu je, tak ada lah sampai nangis. Hampir2 je. Pfttt. Haaa, malas lah nak cerita lebih. Kalau belum tengok, try lah tengok. Kalau dah tengok boleh lah bagi pandangan korang. :)