YellowLeopard.


Called me Leo. Thank you.

Monday, February 11, 2013

Saturday, January 19, 2013

Amarah itu aku simpan atas dasar hormat.

Kau tak ada waktu aku membesar. Jadi kau tak layak mempertikaikan cara aku dibesarkan. Jangan samakan aku dengan kau. Kita berbeza. Zaman kau dan zaman aku jauh ketara. Seboleh mungkin aku mahu mengelak bertemu dengan kau. Beri pelbagai alasan agar kita tidak berjumpa. Tapi apakan daya, darah dalam badan kita tidak mungkin berubah.

Tidak. Bukan aku merajuk. Cumanya aku sedang mengelak supaya perkara sama tidak akan berulang lagi. Sakit tahu? Menahan perasan. Perasaan amarah. Mana mungkin aku lepaskannya pada kau. Nanti dikatakan kurang ajar. Yang disalahkannya pula, mak aku, yang tak pandai ajar aku. Cuma kau saja yang boleh lepaskan geram sesuka hati. Aku di sini cuma mampu diam dan tersenyum.

p/s: cuma luahan rasa yang dah lama aku pendam. Not a good start for 2013 isn't it?

Thursday, December 27, 2012

Bakat atau Usaha

Berada dalam bidang ni, memerlukan aku mempunyai imaginasi yang tinggi. Tapi malangnya aku tak rasa aku punya kelebihan tersebut. Selalunya bila diberi tugasan, aku akan cuba fikir... ermm, apa orang kata tu... haa.. fikir luar daripada kotak. Tapi end up aku punya kerja tetap yang paling simple. Entah lah. Aku tak suka tengok kerja yang complicated sangat ni. Serabut kepala otak. Dan bila hari tugasan dihantar, aku tak dapat nak elak diri daripada bandingkan kerja aku dengan kerja orang lain yang lagi hebat. Lepas tu mulalah rasa rendah diri. Tapi aku cuba kata pada diri aku, "Tak apa lah, diaorang ada kelebihan diaorang sendiri. Aku mungkin ada, cuma tak jumpa lagi. Lagi pun, duduk dalam bidang ni kau tak boleh puaskan hati semua lecturer. Ini bukan exam subjektif mahupun objektif yang punya jawapan yang ditetapkan. Ini kerja design. Ada mata tengok benda tu tak lawa. Ada pulak kata benda tu cantik". Itu je lah caranya aku nak sedapkan hati. Moga aku kuat untuk habiskan perjalanan 3 tahun ini.

Monday, December 24, 2012

hate myself. Gituuu.

Aku orang yang suka mengelakkan diri bila bertembung dengan orang yang aku suka. Aku tak pasti kenapa aku macam ni. Dah beberapa kali terjadi, bila aku bertembung dengan orang itu, sama ada aku pandang tempat lain bila aku lalu sebelah dia atau aku tukar laluan lain. What the heck. Patutnya dah ada peluang aku try borak2. Tapi aku pergi larikan diri. Bila dah blah, baru nak menyesal. Hurmm, refleksi diri mungkin. But why ohh whyy. Okay. Aku rasa aku asik post tentang hati je. Geli pulak.